Dua Perlawanan Persahabatan Medan Pilih Pemain Ke Piala AFF

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal berharap dua aksi persahabatan menentang Vietnam dan Thailand awal bulan ini akan menjadi medan terbaik memilih 22 pemain negara dalam misi mempertahan Piala AFF Suzuki.

Beliau berkata menerusi dua perlawanan itu akan dapat mengukur tahap persediaan skuad kebangsaan menjelang aksi pembukaan Piala AFF Suzuki bertemu Singapura pada 25 Nov ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Walaupun saya sudah mempunyai bayangan 22 pemain, saya harap semua pemain menunjukkan prestasi membanggakan dan saya optimis kita mampu mencatat kemenangan dalam kedua-dua perlawanan itu," katanya.

Rajagobal menyenaraikan 24 pemain bagi menghadapi dua perlawanan persahabatan antarabangsa 'A', menentang Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada 3 Nov sebelum berdepan Thailand di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai pada 7 Nov.

Skuad negara dijangka kembali ke tanah air pada 8 Nov untuk aksi persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam pada 14 Nov.

Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki buat pertama kali selepas menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010.

Dalam pada itu, Rajagobal tidak memandang rendah kemampuan pasukan kerdil seperti Laos dalam kumpulan sama pada saingan Piala AFF Suzuki 2012 kerana mereka mampu mencipta kejutan.

Sementara itu, ketua pasukan kebangsaan Safiq Rahim berharap skuad negara dapat mempamer aksi terbaik menentang Vietnam dan Thailand terutama menebus kembali kekalahan 0-2 kepada Vietnam pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam pada 11 Sept lepas.

"Sudah tentu kita mengharapkan hasil positif dalam kedua-dua perlawanan persahabatan itu...jika mereka (Vietnam) mampu mencatatkan kemenangan di tempat kita, kenapa kita tidak boleh mencatatkan keputusan yang sama," katanya.

Pandangan Safiq turut dipersetujui penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali yang berharap mampu menyumbangkan gol pada kedua-dua perlawanan itu.

"Kita sudah membuat persediaan rapi dan berharap dapat mencatat keputusan positif dan saya rasa perlawanan ini memang penting untuk pasukan kebangsaan menghadapi Piala AFF Suzuki," kata penyerang kelab Pelita Jaya itu.

Senarai 24 pelatih ke Vietnam dan Thailand:

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Mohd Bunyamin Umar, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Fadhli Mohd Shas, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Faizal Muhammad, Mohd Azmi Muslim, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Safiq Rahim, Amar Rohidan, Mohd Shakir Shaari, S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Azamuddin Mohd Akil, Gary Steven Robbat, R. Gopinathan, Wan Zack Haikal Wan Nor, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Ahmad Fakri Saarani.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Malaysia , Vietnam , Stadium My Dinh , Hanoi

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan