Saya Belum Puas Hati - Rozaimi

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rozaimi dipilih sebagai Pemain Harapan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.
Rozaimi dipilih sebagai Pemain Harapan Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012.

BIARPUN baru sahaja dinobatkan sebagai Pemain Harapan Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2012, penyerang muda kelahiran Sabah, Rozaimi Abdul Rahman masih belum berpuas hati dengan pencapaiannya.

Pemain kelahiran Bongawan berusia 20 tahun ini memulakan kariernya bersama pasukan Sarawak pada tahun 2010 sebelum menyarung jersi negeri kelahirannya tahun lalu.

Dengan kualiti persembahan yang menyakinkan, Rozaimi telah dipanggil untuk menyertai skuad Harimau Muda A di bawah kendalian jurulatih Ong Kim Swee dan sejak itulah namanya mula menjadi sebutan.

Bakatnya semakin terserlah dan pada musim ini Rozaimi telah dipanggil pasukan Selangor sekali gus tampil memberikan aksi terbaik sehingga dipilih sebagai Pemain Harapan Terbaik.

"Saya terkejut dengan anugerah ini kerana saya masih lagi baru berbanding pemain-pemain lain.

"Pun begitu, saya jadikan anugerah ini sebagai pembakar semangat untuk meningkatkan lagi prestasi saya.

"Dengan dibelenggu kecederaan musim ini, saya juga masih tidak berpuas hati dengan aksi bersama Selangor dan harap selepas ini mampu memberikan yang lebih baik," jelasnya kepada mStar Online.

Menurut Rozaimi, dia juga gembira kerana turut dipanggil menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

"Saya sangat teruja dipanggil menyertai latihan bersama pasukan kebangsaan.

"Saya akan cuba melakukan yang terbaik agar terpilih menyertai skuad negara walaupun sedar bakal bersaing dengan pemain-pemain yang lebih senior," tambahnya.

Sebelum ini, Rozaimi merupakan penjaring terbanyak Kejohanan Kelayakan Piala AFC B-22 di Myanmar baru-baru ini dengan 10 gol.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan