Norshahrul Catat Hatrik Pemain Paling Bernilai

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penyerang Kelantan, Norsharul Idlan Talaha mengungguli gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) buat tiga tahun berturut-turut pada Majlis Anugerah Bolasepak Kebangaan 2012, Selasa.

Norshahrul,26, turut meraih gelaran Penyerang Terbaik musim ini selepas membantu pasukan Kelantan menjuarai trofi Liga Super, Piala FA dan terbaru Piala Malaysia.

"Saya gembira dengan anugerah ini dan tidak menduga nama sekali lagi akan terpilih.

"Bagaimanapun saya berterima kasih kepada keluarga, pihak pengurusan, penyokong kerana tetap setia memberi sokongan kepada saya," katanya kepada media.

Menurut Norshahrul, bukan mudah untuk mengekalkan gelaran pemain terbaik kebangsaan ini.

"Apa yang saya dapat hari ini adalah hasil usaha saya serta pasukan. Lebih penting ialah kemampuan diri sendiri termasuk sikap disiplin di luar padang.

"Selepas ini saya akan menumpukan perhatian kepada latihan kebangsaan menjelang Kejohanan Piala Suzuki AFF bulan depan," katanya.

Dalam pada itu, Norshahrul turut menjelaskan khabar angin mengenai perpindahan ke pasukan Johor musim baru nanti.

"Saya masih tidak mendapat apa-apa berita mengenai itu. Kalau pun ada perbincangan, itu melibatkan kedua-dua pihak pengurusan.

"Buat masa sekarang saya mahu fokuskan latihan negara sahaja.

"Pun begitu saya tidak menolak sekiranya mendapat tawaran yang lebih baik. Selain itu juga saya ingin mencuba angin baru," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan