Higuain & Ronaldo Pastikan Real Madrid Terus Beri Saingan Kepada Barcelona

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GONZALO Higuaín dan Cristiano Ronaldo masing-masing meledakkan dua gol apabila Real Madrid menumpaskan Real Mallorca 5-0 dalam perlawanan liga awal pagi tadi.

Dengan kemenangan itu, Real Madrid yang merupakan juara bertahan naik ke tangga keempat - lapan mata di belakang pendahulu liga, Barcelona.

Pengurus Real, José Mourinho, telah kehilangan khidmat pemain tengah, Sami Khedira dan juga pemain pertahanan Alvaro Arbeloa, Marcelo dan Fábio Coentrão kesemuanya mangsa kecederaan.

Namun itu sedikit pun tidak menjejaskan rentak permainan Real malah barisan pertahanan mereka jarang-jarang sekali diuji dengan pergerakan yang boleh menjejaskan pintu gol.

Higuaín menjaringkan gol pertama Real pada minit ke-8 sebelum gol kedua menjelma pada minit ke-22.

Perlawanan di separuh masa kedua bermula agak hambar sehinggalah Higuaín dan Ronaldo meledakkan gol lagi.

Pemain antarabangsa Portugal itu melepaskan bola kepada Higuaín sebelum pemain Argentina itu menjaringkan gol pada minit yang ke-70 dan tiga minit kemudian giliran Ronaldo pula menjaringka gol hasil umpanan cantik bekas pemain Spurs, Luka Modric lalu menjaringkan golnya yang ke-18 musim ini dalam semua peringkat pertandingan.

Pemain simpanan, José Callejón menambah derita Real Mallorca dengan menjaringkan gol ke-5.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan