Liga Juara-Juara AFC: FAM Bincang Dengan AFC Wujud Badan Bebas

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan mengadakan perbincangan dengan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam tempoh terdekat bagi mewujudkan sebuah badan bebas yang akan mentadbir liga bola sepak tempatan.

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata kewujudan badan bebas sedemikian adalah penting dalam usaha FAM melihat kelibat aksi pasukan tempatan dalam kejohanan bola sepak berprestij kelab-kelab Asia, Liga Juara-Juara AFC selewat-lewatnya pada 2016.

Berdasarkan syarat AFC, mana-mana pasukan dari negara Asia yang berhasrat menyertai Liga Juara-Juara AFC harus bermain dalam sebuah liga profesional yang dikawal selia oleh sebuah badan bebas dan tidak mempunyai kaitan dengan badan induk bola sepak negara mereka.

"(Sehubungan itu), sekretariat FAM akan mengutus surat kepada AFC dalam tempoh terdekat untuk mendapatkan pandangan mereka ke arah penubuhan badan bebas itu.

"Sekiranya perbincangan (bersama AFC) itu berjalan lancar, kita akan melihat contoh konsep pelaksanaan badan bebas tersebut yang kini diamalkan oleh beberapa (kuasa bola sepak) negara Asia dalam liga profesional mereka," katanya kepada pemberita selepas seminar Liga Malaysia 2013-2016 di sini, Ahad.

Seminar tiga hari itu bermula hari ini dan melibatkan semua jawatankuasa kecil FAM serta agensi kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ia antara lain membincangkan mengenai peraturan Liga Malaysia musim hadapan selain proses pendaftaran pemain seperti gaji dan kontrak.

Turut serta dalam seminar ialah Presiden dan Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak negeri dan kelab yang bersaing dalam Liga Malaysia.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM berkata beliau akan membawa perkara tersebut kepada Jawatankuasa Eksekutif badan induk bola sepak negara bagi dibincangkan selepas semua perbincangan bersama AFC dimuktamadkan.

"Kita tidak mahu tergesa-gesa dalam mewujudkan badan bebas ini kerana kita memerlukan pendapat semua pihak (yang berkepentingan) dalam usaha mewujudkan sebuah liga yang begitu mantap," katanya.

Sebagai rekod, tiada pasukan tempatan yang pernah beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC yang setakat ini antara lain disertai Jepun, Korea dan Iran. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan