Liga Juara-Juara: Di Matteo Laung Amaran Agar Menang Di Laman Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Roberto Di Matteo
Roberto Di Matteo

PENGURUS Chelsea, Roberto Di Matteo melaung amaran kepada skuadnya agar menang pada pertemuan di tempat sendiri selepas tewas 1-2 kepada Shakhtar Donetsk dalam aksi Liga Juara-Juara (CL) peringkat Kumpulan E di Donbass Arena, awal pagi Rabu.

The Blues kini menduduki tempat kedua kumpulan dengan empat mata, berbanding Shaktar dengan tujuh mata, diikuti Juventus -tiga mata dan FC Nordsjaelland satu mata.

Di Matteo percaya pasukannya perlu menang di Stamford Bridge bagi memastikan layak untuk meneruskan aksi dalam peringkat 16 pasukan selepas ini.

"Kami perlu menang dalam dua perlawanan selepas ini di laman sendiri," katanya.

Pada aksi awal pagi itu, barisan pertahanan Chelsea agak goyang, di tambah pula Frank Lampard terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan selepas 18 minit bermain.

Namun Di Matteo sedikit lega selepas satu lagi aksi pasukan kumpulan itu, Juventus mengikat seri dengan Nordsjaelland.

"Hanya keputusan seri Juve sahaja membuat kami berasa lebih yakin dengan kedudukan ini. Dalam pada itu ia turut menggambarkan persaingan Liga Juara-Juara ini sangat kompetitif.

"Namun apa pun kami perlu menang di tempat sendiri menentang aksi kedua bertemu Shakhtar nanti," katanya.

Sementara itu, jurulatih Shakhtar, Mircea Lucescu berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya.

"Kami bermain lebih baik. Ini adalah antara perlawanan yang paling menakjubkan bagi Shakhtar.

"Kami bermain sama seperti pasukan lain. Sepatut keputusan 4-1 berpihak kepada kami.

"Kini kami hanya menumpukan percaturan aksi di London.

"Chelse bermain terlalu tenang pada awal perlawanan, dan apabila mereka cuba memberi tekanan, ia sudah terlewat kerana kami sudah mengawal permainan," jelasnya.

Pada aksi tersebut, Shakhtar mengutip jaringan swawal tiga minit permainan melalui Alex Teixeira dan Fernandinho (52’), manakala gol Chelsea dilakukan oleh Oscar pada minit ke-88.

Kedua -dua pasukan ini akan kembali bertemu pada 7 November ini.

SENARAI PEMAIN:

Shakhtar Donetsk: Pyatov; Srna, Kucher, Rakitskiy, Rat; Hübschman, Fernandinho; Alex Teixeira, Mkhitarian, Willian; Luiz Adriano. (Simpanan): Kanibolotskiy, Kryvtsov, Stepanenko, Gai, Douglas Costa, Ilsinho, Eduardo.

Chelsea: Cech; Ivanovic, Luiz, Terry, Cole; Mikel, Lampard; Ramires, Oscar, Mata; Torres. (Simpanan): Turnbull, Cahill, Azpilicueta, Bertrand, Romeu, Hazard, Sturridge.

KEDUDUKAN PENUH KUMPULAN E

1. Shakhtar Donetsk 7 mata

2. Chelsea 4

3.Juventus 3

4.FC Nordsjælland 1

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan