Penamat Yang Sempurna Untuk Mat Yo; Kini Disenaraikan Dalam Skuad Piala Suzuki Negara

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hero skuad bolasepak Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo di kalangan rakan-rakannya menamatkan musim bolasepak tempatan dengan sempurna - kini disenaraikan dalam skuad kebangsaan untuk persiapan Piala Suzuki AFF.

Selepas meledakkan dua gol untuk membawa kemenangan Piala Malaysia kepada skuad Kelantan, Mat Yo, 26, telah dipanggil semula untuk menyertai skuad kebangsaan oleh Datuk K. Rajagopal.

Skuad negara akan mempertahankan kejuaraan Piala AFF bulan depan.

Beberapa siri perlawanan persahabatan telah pun disusun untuk skuad negara termasuklah perlawanan menentang Vietnam pada 3 November ini, Thailand (7 Nov) dan Hong Kong (14 Nov).

Rajagopal telah memanggil 28 pemain untuk sesi latihan skuad negara di Wisma FAM, Kelana Jaya termasuk menyenaraikan tujuh pemain simpanan.

Pemain-pemain untuk latihan skuad kebangsaan adalah seperti berikut;

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Mohd Farizal Marlias, S. Kunalan (N. Sembilan); Khairul Fahmi, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Adlan Talaha, S. Subramaniam, Nik Shahrul Azim (Kelantan); Muhammad Zubir Azmi, Mohd Faizal Muhammad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil, R. Gopinathan (Pahang); Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A); Amiridzwan Tajudin, Mohd Aidil Zafuan Razak, Mohd Zaquan Adha Razak, Mohd Azmi Muslim (ATM); Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong (Felda Utd); Mohd Safee Sali (Pelita Jaya).

Simpanan: Mohd Amri Yahyah (Selangor); Ahmad Shakir Ali (Negeri Sembilan); D.Christie Jayaselan, Irwan Fadzli Idrus (ATM); Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A).

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan