Sir Alex Beri Bayangan Mungkin United Akan Dapatkan Semula Ryan Shawcross Dari Stoke City

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson memberi bayangan awal yang dia mungkin akan berusaha untuk mendapatkan kembali bekas pemain itu, Ryan Shawcross dari Stoke City ketika pintu perpindahan dibuka semula Januari depan.

Menurut laporan akhbar The Guardian, Ferguson mengakui yang dia menyesal kerana melepaskan pemain itu kepada Stoke City pada tahun 2008.

Bagaimanapun kata Ferguson dia tidak mempunyai banyak pilihan pada waktu itu.

Kapten pasukan Stoke itu kini muncul sebagai salah seorang pemain pertahanan terbaik Britain dan telah terpilih ke dalam skuad kebangsaan England.

"Saya gembira kerana akhirnya Ryan terpilih mewakili skuad England kerana dia adalah seorang pemain yang berkualiti yang pernah dilahirkan oleh skuad remaja United.

"Bagaimanapun pada masa itu, terdapat begitu ramai pemain muda yang muncul dalam skuad remaja United sehinggakan ia agak mustahil untuk mengekalkan kesemua mereka," ujar Ferguson.

Di antara generasi seusia Shawcross dalam skuad remaja United ketika itu termasuklah Jonny Evans, Gerard Piqué, Craig Cathcart dan Paul McShane.

Menurut Ferguson mereka telah membuat keputusan yang betul dengan mengekalkan Evans tetapi mungkin telah membuat keputusan yang silap dengan membenarkan Shawcross menyertai Stoke dan Pique menyertai Barcelona.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan