Kelantan Bincang Beri Imbuhan Kepada 'The Red Warriors'

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan negeri Kelantan bercadang memberi imbuhan kepada barisan pemain 'The Red Warriors' kerana menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood berkata pasukan itu yang telah mengharumkan nama negeri, wajar diberikan ganjaran. "Kerajaan negeri akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk menentukan bentuk imbuhan yang akan diberikan kepada pemain berkenaan atas kejayaan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Isnin.

Abdul Fatah berkata kerajaan negeri mengucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan atas kejayaan itu dan cadangan pemberian imbuhan itu ialah sebagai menghargai kesungguhan mereka dalam mencatat kejuaraan 'treble' musim ini.

Kelantan yang sebelum ini meraih gelaran juara Liga Super dan Piala FA, melengkapkan kejuaraan treble apabila menjulang Piala Malaysia 2012 dengan menewaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2, dalam perlawanan sengit, Sabtu lepas.

"Saya turut memuji sikap pemain dan penyokong pasukan Kelantan yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam menjuarai kejohanan itu, khususnya pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang ATM," tambah beliau. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan