Shabery Puji Semangat Kesukanan Penonton Final Piala Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 21 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memuji sikap penonton final Piala Malaysia malam Sabtu yang menunjukkan semangat kesukanan tinggi.

Katanya sikap sedemikian perlu diteruskan pada masa-masa akan datang terutama ketika skuad negara bersaing mempertahankan Piala AFF Suzuki bulan depan.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada penonton yang saya kira menunjukkan sikap profesional, tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Anak Perantau Lembah Klang, di sini Ahad.

Pada perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor itu, Kelantan menundukkan Angkatan Tentera Malaysia 3-2 di hadapan kira-kira 70,000 penonton.

Mengulas perlawanan itu, Ahmad Shabery menyatakan rasa puas hati dengan kualiti dan corak permainan yang dipamer kedua-dua pasukan namun mahu tahap kecergasan dan ketahanan fizikal dipertingkat, terutama bagi pemain yang mewakili negara.

Sementara itu, mengulas prestasi pelumba sukan permotoran Zulfahmi Khairuddin yang terus beraksi cemerlang dalam kategori Moto3, Ahmad Shabery berkata anak muda itu seorang ikon belia yang membanggakan negara. "Beliau melonjakkan nama negara dalam dunia sukan permotoran yang merupakan antara sukan paling mencabar," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan