Piala Malaysia: ATM Cuba Lakar Sejarah, Kelantan Tagih Gelaran Kedua

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain-pemain ATM menjalani latihan terakhir menjelang final pada Sabtu. Foto: M. Azhar Arif/THE STAR
Pemain-pemain ATM menjalani latihan terakhir menjelang final pada Sabtu. Foto: M. Azhar Arif/THE STAR

BAHANG final Piala Malaysia 2012 semakin terasa dengan menyaksikan dua pasukan hebat, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bakal berentap di Stadium Shah Alam, 8.45 malam Sabtu.

Kemunculan ATM pada pentas akhir tahun ini memberi fenomena baru dalam sukan bola sepak tanah air apabila berjaya menamatkan kemarau 46 tahun untuk mara ke final.

Jika dua tahun lalu, jurulatih B.Stahianathan membawa pasukan Kelantan menjulang trofi Piala Malaysia ketika menewaskan Negeri Sembilan buat kali pertama, namun berbeza dengan tahun ini.

Bekas jurulatih kebangsaan kelahiran Negeri Sembilan ini sememangnya dikenali sebagai seorang yang terbuka dalam memberi pandangan sehingga menyebabkan dia digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas melakar nama pasukan Kelantan buat kali pertama dalam senarai juara Piala Malaysia 2010.

Namun, sebagai jurulatih profesional, dia tidak menjadikan hukuman itu penghalang untuk dia terus mengorak langkah mengubah haluan untuk mengendalikan pasukan ATM sejak musim lalu.

Ketika bertemu dengannya pada awal musim ini, Sathia telah memberitahu untuk mencipta kejutan tahun ini dengan mengharungi satu persatu perlawanan.

Dan kata-katanya itu telah terbukti dengan mara ke peringkat akhir.

Setiap sentuhannya ternyata telah memberi perubahan besar kepada pasukan yang dikendalikan.

"Awal tahun 2011 saya tidak ada pasukan kerana dalam penggantungan, namun selepas itu saya mengambil alih pasukan ATM dan cuba mencongak sesuatu yang baik.

"Apa yang penting bagi saya adalah kepercayaan kepada semua pemain dalam pasukan dan fokus dengan apa yang dilakukan. Malah jangan ambil mudah dengan setiap pasukan lawan.

"Secara peribadi saya memang sasarkan untuk masuk ke final dan saya gembira setakat ini kerana sasaran saya tercapai dan yang penting semua pemain perlu habiskan langkah terakhir ini," katanya kepada mStar Online.

Kali terakhir ATM mara ke pentas akhir kejohanan ini ialah pada tahun 1966 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Malaya, namun mereka tewas kepada Selangor, 1-0.

Dua pemain import ATM, Marlon Alex James dan Bruno Martelotto yang telah menarik tumpuan peminat-peminat bola tanah air, dijangka akan diikat oleh pemain-pemain Kelantan malam esok.

Namun perlu ingat, kekuatan ATM bukan hanya tertumpu kepada dua pemain tersebut sahaja memandangkan kehadiran Pemain Terbaik Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun lalu, Hairuddin Omar yang lincah dan bijak mencari peluang memburu jaringan, lebih-lebih lagi melalui tandukannya.

Turun selaku kapten pasukan, Hai-O pastinya mengejar catatan peribadi kejayaan kelimanya, selepas mencatat rekod juara berbeza dengan selepas Terengganu (2001), Negeri Sembilan (2009, 2011), Kelantan (2010).

Ia adalah rekod menakjubkan yang sukar diulangi oleh mana-mana pemain, namun Hai-O tetap merendah diri dengan menolak dakwaan bahawa dia adalah punca di sebalik kejayaan kesemua pasukannya sebelum in

Diiringi dengan pasangan kembar, Mohd Zakuan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak menambah lagi keghairahan di bahagian pertahanan dan serangan dengan Mohd Farizal Harun menjadi watak utama mengawal gawang daripada dibolosi lawan.

Sementara itu, di atas kertas sudah pasti pasukan Kelantan menjadi pilihan untuk menjuarai Piala Malaysia tahun ini berdasarkan persembahan semasa tetapi ia bukanlah tugas mudah.

Dengan dua pemain utamanya, Norfarhan Muhammad dan Mohammed Ghaddar digantung berikutan menerima kad kuning sebelum ini agak mengganggu strategi pasukan kendalian Bojan Hodak ini.

Tetapi jurulatih kelahiran Crotia itu masih mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan malah dia sendiri yakin skuadnya berada dalam keadaan bersedia dari segi mental dan fizikal.

Biarpun Kelantan pernah menewaskan ATM pada aksi peringkat kumpulan sebelum ini (4-3), ia tidak menjadi ukuran pada persembahan final ini kerana menyedari semangat pasukan lawan untuk menang lebih luar biasa.

Pasukan ATM berusaha melakar sejarah menang buat kali pertama, manakala Kelantan cuba merangkul trofi buat kali kedua dalam kejohanan ini.

Tempoh 90 minit bakal menjadi saksi terakhir penentuan gelaran juara musim ini, dan kedua-dua jurulatih pasukan sudah pasti mengerah otak bagi mengatur strategi terbaik.

BARISAN KEMUNGKINAN ATM:

Mohd Farizal Harun (penjaga gol), Hairuddin Omar, Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, Marlon Alex James, Bruno Martelotto, Mohd Azmi Muslim, Christie Jayaseelan, K.Ruben, Rezal Zambery Yahya, Amirizwan Taj Tajuddin

BARISAN KEMUNGKINAN KELANTAN:

Khairul Fahmi Che Mat (penjaga gol), S.Subramaniam, Obinna Nwaneri, Nik Mohd Shahrul Azim, Mohd Daudsu Jamaluddin, Mohd Badri radzi, Indra Putra Mahyuddin, Mohd Shakir Shaari, Mohd Nurul Azwan Roya, Norshahril Idlan Talaha, Afiq Azmi

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan