Pemain Muda United Federico Macheda Mahu Berpindah Ke Kelab Lain

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYERANG Manchester United, Federico Macheda yang tiga musim lalu mencetuskan fenomena apabila jaringan gol kemenangannya ke atas Aston Villa membolehkan kelab itu menjuarai Liga Perdana Inggeris pada 2009 kini telah bersedia untuk meninggalkan United.

Ketika menjaringkan gol kemenangan itu pada masa tambahan, dia hanya berusia 17 tahun dan kemudiannya disebut-sebut sebagai bintang baru yang akan menyerlah dalam barisan utama pasukan itu.

Bagaimanapun, situasi itu berubah ekoran kecederaan demi kecederaan yang dialaminya pada musim berikutnya.

Dia kemudiannya telah dipinjamkan ke Sampdoria pada musim 2010/11 dan kemudiannya dipinjamkan sekali lagi kepada QPR pada musim lalu.

Pemain Itali berusia 21 tahun itu kali terakhir dipilih untuk beraksi buat United ialah pada malam menjelang Krismas tahun lalu.

Kini, ejennya, Giovanni Bia berkata, Federico mahu bermain tetapi jika dia masih tidak menjadi pemain pilihan utama United menjelang Januari, dia mungkin akan mencari alternatif lain.

Sejak menyertai United pada 1 September 2007, Federico telah bermain sebanyak 33 perlawanan dan menjaringkan lima gol.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan