Hadi Yahya Hijrah Ke Perak - Bola Sepak | mStar

Hadi Yahya Hijrah Ke Perak

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Pemenang anugerah kasut emas Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya berjanji akan memberikan persembahan cemerlang bagi membantu pasukan Perak meraih kejayaan pada kempen Liga Super musim depan.

Pemain berusia 27 tahun itu menegaskan bahawa beliau meninggalkan skuad Terengganu bukan atas desakan pihak tertentu sebaliknya mengambil keputusan menyarung jersi Perak atas kerelaannya sendiri.

Abdul Hadi, yang turut menerima tawaran daripada Selangor, telah memilih untuk menyertai pasukan Perak untuk mendapatkan lebih peluang untuk membarisi kesebelahan utama.

"Berbekalkan sedikit pengalaman yang ada serta bantuan dari rakan sepasukan nanti saya harap mampu menggalas cabaran bersama pasukan Perak meraih kejayaan," katanya bekas penyerang Terengganu itu kepada Bernama di sini, Khamis.

Abdul Hadi, yang merupakan penjaring terbanyak Liga Super 2011 dengan 20 gol, merupakan antara 10 pemain skuad Terengganu yang dilepaskan dengan persetujuan bersama oleh Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBNST) selepas saingan Liga Super berakhir tahun ini.

Bapa kepada dua cahaya mata itu telah menabur bakti selama dua tahun bersama skuad Penyu dan mengambil keputusan berhijrah ke Perak demi memajukan karier bola sepaknya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan