Aksi Poland-England Ditangguh Padang Stadium Banjir

Diterbitkan: Rabu, 17 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

WARSAW: Pertembungan antara Polanda dan England untuk saingan Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah pada Rabu terpaksa ditangguhkan berikutan padang di stadium Warsaw digenangi air.

Hujan lebat menyebabkan air melimpah ke dalam padang di Stadium Nasional sehingga ke kawasan penjuru padang dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung awal pagi Rabu.

Pegawai stadium memutuskan untuk tidak menutup bumbung elektrik stadium walaupun cuaca diramalkan buruk dengan wakil FIFA kemudian memutuskan untuk menangguhkan perlawanan selepas dua pemeriksaan padang dilakukan.

Perlawanan dijadualkan jam 5 petang (waktu tempatan) hari ini, dengan setiap pasukan dibenarkan menukar barisan pemain mereka.

Sementara itu, FIFA memaklumkan bahawa bumbung stadium akan ditutup ketika ini.

"Saya sudah katakan bahawa hari ini adalah masa terbaik untuk kita. Kami berharap untuk bermain hari ini, jadi ini bukan satu keadaan yang baik,” kata jurulatih Poland, Waldemar Fornalik.

“Kami mencadangkan perlawawan diadakan 14 November, bagaimanapun England berdegil dan mahu perlawanan diadakan esok. Tambahan pula, peraturan FIFA menggariskan sebarang perlawanan yang dibatalkan harus dilakukan pada keesokannya.” - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan