Pemain Red Warriors Dijanjikan Ganjaran Lot Tanah Jika Juarai Piala Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) bersetuju memberi lot tanah kepada semua pemainnya sebagai ganjaran jika pasukan Red Wariors muncul juara Piala Malaysia, menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan akhir Sabtu ini.

Penasihat Kafa Tan Sri Annuar Musa berkata persetujuan itu dicapai pada mesyuarat jawatankuasa Kafa yang dipengerusikan Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail, Isnin.

"Ini merupakan satu kelainan yang dilakukan Kafa sepanjang mengendalikan pasukan itu hingga mencapai kejayaan cemerlang dalam arena bola sepak di negeri ini sejak kebelakangan ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bayaran bonus berjumlah RM125,000 kepada pemain pasukan Kelantan di sini.

Ia merupakan sebahagian daripada RM200,000 yang dijanjikan Kafa kepada pemainnya berikutan kejayaan pasukan Red Warriors mara ke peringkat akhir piala itu selepas menumpaskan Selangor dengan agregat 3-0 di Stadium Shah Alam, Jumaat lepas.

Annuar berkata ganjaran tanah yang dijanjikan kepada pemain itu hasil kerjasama Kafa dengan penaja yang sentiasa memberi sumbangan kepada pasukan Red Warriors.

Annuar berkata keputusan memberi ganjaran dalam bentuk aset kepada pemain membolehkannya menjadi kenangan seumur hayat berbanding wang tunai, dan lokasi kawasan tanah lot itu akan diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa Kafa kelak.

Beliau mahu pemain dan penyokong bola sepak negeri ini menunjukkan sikap dan semangat kesukanan yang tinggi ketika pasukan mereka menghadapi perlawanan akhir kerana tindak-tanduk mereka mencerminkan imej pasukan dan negeri yang diwakili. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan