PBSNT Buka Pintu Untuk Hai-O Kembali Ke Pangkuan Penyu

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sedang berunding dengan ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar untuk kembali menyarung jersi skuad Penyu musim depan.

Pengurus pasukan Marzuki Sulong berkata Hairuddin atau lebih mesra dengan panggilan Hai-O adalah antara beberapa pemain yang didekati PBSNT bagi memantapkan skuad itu.

"Selaku anak Terengganu, kita mengharapkan dia (Hairuddin) pulang menabur bakti kepada negeri setelah begitu lama beliau berhijrah. Itupun kalau dia setuju," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Marzuki yang dilantik meneraju PBSNT menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, berkata setakat ini rundingan dengan Hairuddin menunjukkan respons positif.

Anak kelahiran Setiu itu sebelum ini dilaporkan media telah menyatakan hasrat untuk kembali ke Terengganu.

Hairuddin pernah membantu beberapa pasukan menjuarai Piala Malaysia termasuk Terengganu pada 2001, Kelantan (2010) serta Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011.

Ahad ini beliau akan memimpin ATM berdepan Kelantan pada final Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Setiausaha Kelab Penyokong Bola sepak Terengganu (Peteh) Wan Mohd Azmi Wan Ngah menyifatkan perkara tersebut sebagai satu perkembangan baru dalam pentadbiran PBSNT.

Beliau berkata keterbukaan itu menggambarkan PBSNT ikhlas dan inginkan anak Terengganu berkenaan kembali mencurah bakti di negeri sendiri. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan