Kes Safee Sali Sudah Dijangka - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Ahad, 14 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah konflik yang dihadapi penyerang negara, Safee Sali memang sudah dijangka.

Baginda mendakwa Safee sendiri sudah mengetahui bahawa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dikatakan menganjurkan Liga Super Indonesia (ISL) secara haram.

Titahnya, FAM sebelum ini telah menasihati Safee untuk menghadapi sebarang kemungkinan sebelum penyerang itu bersetuju menyarung jersi kelab Pelita Jaya.

"Bagaimanapun, FAM tidak pernah menyekat pemain negara beraksi di luar negara kerana keputusan sendiri pemain.

"Apa yang penting, pemain yang ingin berhijrah itu harus berwaspada apabila menandatangani kontrak dengan kelab luar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Hoki dan pelancaran Projek Gemilang Hoki Pahang 2012-2017 di sini, Ahad.

Tengku Abdullah bagaimanapun bertitah keputusan terbaru bahawa Safee boleh beraksi bersama skuad kebangsaan adalah berita menggembirakan buat skuad kendalian K. Rajagobal.

Pada Sabtu, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Safee tidak digantung dan pemain Pelita Jaya itu boleh beraksi bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan di Hong Kong, Selasa ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Safee digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad negara selepas kelabnya bersama 31 kelab di Indonesia digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pergantungan FIFA itu dibuat selepas berlaku konflik antara PSSI dan Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI) berkaitan status sebenar ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) sebagai liga sah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan