Piala Malaysia: ATM Akan Berjuang Habis-Habisan Di Final - Panglima

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan berjuang berhabis-habisan bagi membawa pulang Piala Malaysia, kata Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.

Beliau berkata tiada yang mustahil bagi ATM untuk menjuarai piala berprestij itu musim ini, selepas penantian selama 46 tahun.

"Kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi final Piala Malaysia dan saya tidak mempunyai keraguan langsung di atas semangat serta iltizam pasukan bola sepak ATM untuk menjuarai kejohanan Piala Malaysia ini. Mereka akan berjuang berhabis-habisan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup Kursus Pegawai Tugas Ikhtisas Siri 77/2012 di Institut Latihan Angkatan Tentera, Kem Terendak.

Zulkifeli yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak ATM mengucapkan tahniah kepada pemain dan pihak pengurusan ATM kerana berjaya ke pusingan akhir selepas kali terakhir melakukannya pada 1966 ketika kejohanan Piala H.M.S. Malaya.

ATM layak ke final setelah mengalahkan L ions X11 5-4 menerusi sepakan penalti, setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga masa tambahan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama di Singapura Jumaat lalu, kedua-dua pasukan turut terikat 1-1.

Mengenai ganjaran sekiranya ATM menjuarai Piala Malaysia, Zulkifeli berkata itu adalah perkara kedua yang perlu difikirkan dan menambah anak didik B. Sathianathan itu tidak bergantung kepada ganjaran sema-mata untuk beraksi cemerlang pada final.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan