Jerman Belasah Republik Ireland 6-1

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBLIN: Jerman mempamerkan keunggulan apabila membelasah Republik Ireland 6-1, kekalahan terburuk di tempat sendiri sejak 1931 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah di Lansdowne Road, awal pagi Sabtu.

Kali terakhir Ireland kalah teruk 0-5 kepada Sepanyol 5-0 di Dublin 71 yahun lalu dan perlawanan pagi tadi terus mencalarkan rekod anak buah bimbingan Giovanni Trapattoni.

Namun antara faktor kekalahan itu ialah tiadanya kelibat Shay Given, Damien Duff yang mengumumkan persaraan, manakala Richard Dunne dan Robbie Keane kali pertama tidak bersama skuad kebangsaan Ireland sepanjang tempoh 13 tahun lalu. Jerman membuka tirai jaringan menerusi Marco Reus pada minit ke-32 dan meledak sekali lagi pada minit ke-40.

Masuk separuh masa kedua, Ozil menambah jaringan dengan menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-50.

Tiga minit kemudian giliran Miroslav Klose menambah jaringan antarabanganya yang ke-65 sebelum dua gol Jerman lagi menerusi Toni Kroos pada minit ke-61 dan minit ke-83.

Tuan rumah hanya memperoleh gol sagu hati pada lewat minit permainan menerusi tandukan Andy Keogh. - AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan