England Tundukkan San Marino 5-0 - Bola Sepak | mStar

England Tundukkan San Marino 5-0

Diterbitkan: Sabtu, 13 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Wayne Rooney mencipta dua gol untuk membantu kemenangan besar England 5-0 ke atas San Marino pada saingan Kelayakan Piala Dunia Zon Eropah di Wembley, awal pagi Sabtu.

Selepas kapten Steven Gerrard dikenakan penggantungan, Rooney mengemudi skuad England untuk kali pertama dengan memastikan kemenangan bergaya.

Penyerang Manchester United itu membuka tirai jaringan skuad bimbingan Roy Hodgson itu menerusi sepakan penalti pada minit ke-30 dan minit ke-70.

Danny Welback yang juga rakan sepasukan Rooney di United turut meledek dua gol pada minit k-38 dan minit ke72.

Pemain muda Arsenal Ales Oxlade-Chamberlain pula menyumbat gol kelima England pada minit ke-71 iaitu gol antarabangsa pertamanya. - AFP

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan