Perselisihan MSN-MOM Adalah Masalah Individu - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perselisihan yang dikatakan berlaku antara Majlis Sukan Negara (MSN) dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebenarnya merupakan masalah individu yang terlibat dalam organisasi terbabit, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Justeru katanya, ia tidak seharusnya dilihat sebagai perbalahan antara dua institusi berkenaan.

"Saya lihat ini masalah individu, orang yang tertentu, bukannya organisasi," katanya mengulas mengenai perselisihan itu ketika ditemui pemberita di sini, Isnin.

Industri sukan tanah air baru-baru ini gempar apabila Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong memfailkan notis tuntutan terhadap Setiausaha Kehormat MOM Datuk Sieh Kok Chi atas pertuduhan mempersoalkan kredibiliti dan peranan MSN dalam pembangunan sukan negara.

Notis itu meminta penjelasan tindakan Sieh yang mengkritik dan mempersoal kredibiliti MSN berhubung pemilihan calon pembawa Jalur Gemilang di Sukan Olimpik 2012 London Ogos lalu, di mana MSN memilih ratu renang negara Pandelela Rinong manakala MOM mengatakan jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei atlet paling layak menggalas tugas itu.

Ahmad Shabery berkata beliau bersedia untuk melihat perkara tersebut dan berbincang dengan pihak-pihak terbabit bagi mencari jalan penyelesaian di luar mahkamah.

"Yang pentingnya adakah kedua-dua pihak bersedia untuk berlapang dada memperbaiki, kalau tidak ia terpaksa melalui proses yang telah diambil oleh MSN," katanya.

Ahmad Shabery sebelum itu menerima tajaan bernilai RM10,000 daripada Syarikat Figos Sdn Bhd sempena penganjuran Malaysia Sports Trade and Golf Expo (MSTGE) pada 25 Okt ini dan tajaan bernilai RM50,000 berbentuk peralatan gim daripada Dynamex Health and Gym Sdn Bhd untuk kegunaan gimnasium kementerian.

Sementara itu Ahmad Shabery berkata penggunaan jurulatih dari luar negara harus dilihat dari sudut profesional, dan soal mengenepikan tenaga kerja tempatan atau soal kos tidak harus timbul bagi mendapatkan khidmat yang terbaik.

Beliau berkata jurulatih tempatan juga perlu memikirkan dan mempertingkatkan kebolehan diri untuk pergi ke peringkat antarabangsa dan menjadi jurulatih di negara-negara lain.

"Jurulatih kita sebenarnya boleh dieksport tetapi mereka perlu mempunyai kebolehan tertentu," katanya.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan