Owen Coyle Mungkin Akan Dipecat Sebagai Pengurus Bolton Wanderers

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasib Coyle belum selamat di Bolton.
Nasib Coyle belum selamat di Bolton.

OWEN COYLE pengurus Bolton yang suatu ketika dahulu dilihat bakal muncul sebagai generasi pengurus muda yang berkaliber dalam Liga Perdana Inggeris khabarnya akan dipecat pada Selasa.

Bolton yang tersingkir dari Liga Perdana ke Bahagian Satu musim ini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan diri dan mencatatkan kedudukan yang tercorot dalam liga sekarang di tangga ke-18.

Coyle, 46, menyertai Bolton dari Burnley pada Januari 2010.

Akhbar The Sun UK melaporkan, Bolton mungkin hanya akan melantik pengurus sementara sehingga tamat musim sebelum mencari penganti tetap.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan