Malaysia Diundi Dalam Kumpulan D Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak negara berdepan laluan getir pada pusingan kelayakan Piala Asia 2015 selepas diundi dalam Kumpulan D bersama tiga pasukan dari negara Arab iaitu Qatar, Bahrain dan Yemen.

Pada undian yang disiarkan secara langsung di laman web Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) iaitu www.the-afc.com, negara jiran iaitu Singapura turut berdepan laluan berliku selepas diundi dalam Kumpulan A bersama tiga lagi pasukan negara Arab iaitu Jordan, Syria dan Oman.

Juara tiga kali, Iran mengetuai Kumpulan B bersama juara 1980 Kuwait; Thailand dan Lubnan manakala naib juara Piala AFF 2010, Indonesia diundi dalam Kumpulan C bersama Iraq, China dan Arab Saudi.

Sebuah lagi pasukan Asia Tenggara iaitu Vietnam diundi dalam Kumpulan E bersama Hong Kong, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Uzbekistan.

Hanya dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan layak secara automatik ke pusingan akhir kejohanan bersama pemenang ketiga terbaik daripada lima kumpulan tersebut.

Empat pasukan melayakkan diri secara automatik iaitu Australia selaku tuan rumah, Jepun selaku juara bertahan manakala dua lagi slot diisi oleh Korea Selatan selaku pemenang tempat ketiga Piala Asia 2011 di Qatar serta Korea Utara selaku juara Piala Cabaran AFC tahun ini.

Slot automatik kelima akan diberikan kepada pemenang Piala Cabaran AFC pada 2014 namun badan induk bola sepak Asia itu masih belum menentukan tuan rumah.

Pusingan akhir Piala Asia 2015 dijadual berlangsung di empat bandar di Australia pada Jan 2015 iaitu Melbourne, Brisbane, Sydney dan Canberra.

Sebagai rekod, skuad bola sepak negara melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan bola sepak empat tahun sekali itu di Iran (1976), Kuwait (1980) dan 2007 selaku tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan Vietnam.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan