Harga Tiket Final Piala Malaysia Ditetapkan RM40 - FAM

Diterbitkan: Selasa, 9 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam pada 20 Oktobetr ini ditetapkan pada RM40 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM pada 4 Februari lepas.

FAM, dalam kenyataannya hari ini berkata ia juga bersetuju untuk mengenakan harga tiket orang dewasa berjumlah RM20 untuk menyaksikan perlawanan persahabatan melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan dan Harimau Muda A.

Harga tiket dewasa bagi perlawanan peringkat kumpulan melibatkan kedua-dua pasukan ditetapkan pada RM30, separuh akhir (RM40) dan perlawanan akhir sebanyak RM50.

Harga tiket dewasa bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di luar Lembah Klang masing-masing dikenakan bayaran RM30 untuk tempat duduk berbumbung dan RM15 bagi tempat duduk terbuka.

Harga tiket bagi perlawanan Piala Sumbangsih yang diadakan sama ada di Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam ialah RM20.

Badan induk bola sepak negara itu turut menyelaraskan harga tiket RM5 bagi setiap kategori perlawanan itu. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan