Tindakan Suarez Amat Memalukan - Pulis

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tindakan Suarez (kiri) yang sengaja menjatuhkan badan mengundang kemarahan Pulis.
Tindakan Suarez (kiri) yang sengaja menjatuhkan badan mengundang kemarahan Pulis.

PENGURUS Stoke City, Tony Pulis menuduh tindakan penyerang Liverpool, Luis Suarez yang sengaja menjatuhkan badan ketika aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Isnin adalah sesuatu yang memalukan.

Perbuatan itu berlaku ketika Suarez sedang menggelecek bola di dalam kotak penalti gol lawan dan dikawal pemain Stoke yang tidak melakukan sebarang sentuhan terhadapnya pada babak kedua permainan.

"Saya fikir Suarez cuba melakukannya lagi hari ini. Saya telah faham dengan perangai orang cuba menjatuhkan badan ketika separuh masa kedua.

"Sebagai pemain profesional, tindakan itu amat memalukan. Dia adalah seorang pemain yang bagus, mempunyai kebolehan dan dia juga adalah antara pemain yang ditakuti.

"Tetapi tindakannya itu... Perkara ini telah dirujukkan kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) dan mereka perlu menilai kembali kelakuan tersebut.

"Beri dia denda digantung tiga perlawanan, dan dia akan berhenti menjatuhkan badannya.

"Apa yang dilakukan olehnya boleh memberi tekanan kepada pengadil. Setiap kali dia melakukan itu, 40,000 orang penyokong Liverpool akan bertindak terlebih dahulu sebelum pengadil. Itu adalah salah.

"Saya tidak pasti sudah berapa kali dia melakukan aksi itu, tetapi menjatuhkan diri dalam kotak penalti memang tidak boleh diterima.

"Saya begitu teliti mengenai perkara ini kerana ia melibatkan pengadil yang sememangnya sudah sukar untuk mengendalikan keadaan.

"Bagi seorang yang profesional tindakan ini salah dan FA patut mula berbincang mengenainya," jelas Pulis.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan