La Liga: Messi-Ronaldo Ikat Kedudukan Seri 2-2

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldo (kiri) dan Messi (kanan) masing-masing menjaringkan dua gol pada perlawanan La Liga, awal pagi Isnin.
Ronaldo (kiri) dan Messi (kanan) masing-masing menjaringkan dua gol pada perlawanan La Liga, awal pagi Isnin.

KEPUTUSAN seri dua sama pada aksi La Liga di antara Barcelona dan Real Madrid pada aksi La Liga awal pagi Isnin membuktikan kedua-dua pasukan sama hebat, malah pertemuan yang digelar El Classico ini lebih menjurus kepada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Dua pemain luar biasa ini menjadi tumpuan ketika beraksi di padang, lebih-lebih lagi Messi-Ronaldo telah menjaringkan dua gol untuk mengikat kedudukan hingga tamat perlawanan.

Ronaldo yang mula menyertai Real Madrid pada tahun 2009 dari Manchester United membuka jaringan pada minit ke-23 sebelum Messi menyamakan kedudukan minit ke-31.

Sehingga kini penyerang kebangsaan Portugal itu telah menjaringkan 160 gol daripada 155 perlawanan, manakala ayam tambatan Argentina, Messi telah menjaringkan 169 gol dalam jumlah perlawanan yang sama.

Namun babak kedua menyaksikan permainan semakin sengit di antara dua musuh tradisi ini apabila Messi pula melakukan jaringan pada minit ke-61.

Kegembiraan Barca tidak berpanjangan selepas lima minit kemudian, Ronaldo menyamakan kedudukan dan turut menyaksikan pasukan pelawat ini semakin agresif biarpun anak buah Jose Mourinho itu hanya memegang bola 30 peratus sahaja.

Menurut Mourinho, kedua-kedua pemain ini adalah bukan pemain biasa.

"Mereka berdua bukan dari planet ini. Walaupun ingin melihat pasukan saya menang, namun Ronaldo dan Messi telah menunjukkan permainan yang menakjubkan.

"Saya yakin semua orang juga menikmati perlawanan ini," jelas Mourinho.

Dengan kemenangan ini, Barca berada di tempat teratas berkongsi 19 mata bersama Atletico Madrid, dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan (dua gol), diikuti Malaga FC (14 mata), serta Real menduduki tangga kelima dengan 11 mata.

Senarai pemain;

BARCELONA: Valdes, Alves, Mascherano, Adriano, Alba, Xavi, Busquets, Fabregas, Pedro, Messi, Iniesta (pemain simpanan); Pinto, Villa, Sanchez, Barta, Montoya, Song, Sergi Roberto

REAL MADRID: Casillas, Arbeloa, Pepe, Ramos, Marcelo, Khedira, Xabi Alonso, Di Maria, Ozil, Ronaldo, Benzema 9pemain simpanan) Adan, Albiol, Coentrao, Essien, Modric, Kaka, Higuain

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan