Bekas Penyerang England Alan Shearer Anggap Rooney Pemain Terbaik Dunia - Bola Sepak | mStar

Bekas Penyerang England Alan Shearer Anggap Rooney Pemain Terbaik Dunia

Diterbitkan: Isnin, 8 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Shearer menyifatkan Rooney sebagai pemain terbaik dunia kerana mampu menyerlah dalam pelbagai posisi.
Shearer menyifatkan Rooney sebagai pemain terbaik dunia kerana mampu menyerlah dalam pelbagai posisi.

BEKAS PENYERANG England, Alan Shearer menyifatkan Wayne Rooney sebagai pemain terbaik dunia kerana mampu menyerlah walau diletakkan di posisi mana sekali pun.

Menegaskan demikian dalam kolum mingguannya di portal TheSun.co.uk, Shearer berkata, tidak siapa dapat menafikan dalam perlawanan menentang Newcastle malam semalam, Rooney telah menunjukkan prestasi yang luar biasa walaupun dalam keadaan tidak menjaringkan gol. Menurut Shearer, Rooney menjadi nadi kepada kejayaan Manchester United menumpaskan Newcastle 3-0.

Rooney katanya lagi telah memulakan musim ini dengan kecederaan dan semua orang tertanya-tanya tentang masa depannya ekoran kemunculan dan persembahan cemerlang Robin van Persie.

Tetapi tegas Shearer, tidak ada mana-mana pasukan pun yang mampu mengenepikan pemaun yang memiliki kaliber seperti ini di atas bangku simpanan.

"Dia membuktikannya di St James Park (stadium Newcastle) dia bukan sahaja kelihatan cergas kembali tetapi bermain dengan penuh silinder ke sana ke sini di seluruh sudut padang membantu pertahanan, mengumpan bola dari sisi sayap dan juga tengah kepada Van Persie.

"Bila kita menyaksikan Wayne Rooney bermain sebegitu rupa, kita tidak dapat menafikan yang kita sedang menyaksikan pemain terbaik dunia sedang beraksi," ujar Shearer.

Malah Shearer menambah walaupun Pengurus United, Sir Alex Ferguson telah menyatakan dengan jelas, tidak ada pemain yang dijaminkan tempat dalam kesebelasan utama tetapi Rooney telah membuktikan pada perlawanan menentang Newcastle yang dia dahagakan tempatnya kembali.

Manakan tidak. Pemain berkaliber sepertinya ibaratnya satu rahmat kepada mana-mana pengurus pun, kata Shearer.

Rooney, jelas Shearer telah sampai ke satu tahap jika dia diminta bermain sebagai bek kanan sekali pun, nescaya dia akan muncul sebagai pemain terbaik posisi berkenaan.

Malah dia telah membuktikan bahawa jika tidak menjaringkan gol sekali pun, dia masih boleh bertindak cemerlang sebagai perancang dan nadi utama skuad.

Dia telah membuktikannya dengan berfungsi secara efektif dalam formasi berlian.

Shearer menegaskan, satu-satunya kecacatan dalam skuad United musim ini adalah pertahanannya apatah lagi dengan permulaan yang baik Chelsea dan juga City.

Tetapi Manchester United katanya, akan terus memastikan bahawa kejuaraan liga akan dipertandingkan sehingga ke titisan darah yang terakhir kerana adanya pemain sepertimana Wayne Rooney.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan