Rio Ferdinand Kecewa Sekali Lagi Diketepikan Skuad England

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMAIN PERTAHANAN Manchester United, Rio Ferdinand sekali lagi dikecewakan selepas namanya tidak tersenarai dalam skuad England untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang San Marino dan Poland walaupun selepas persaraan John Terry.

Sebelum persaraan Terry, ramai yang melihat Ferdinand akan berhadapan dengan kesukaran jika dipilih mewakili England ekoran isu pertikaian kata-kata rasis antara Terry dengan adiknya Anton Ferdinand.

Tetapi kini sah, walaupun dengan ketiadaan John Terry, Ferdinand, 33, tidak juga terpilih mewakili England, sekaligus menjawab masa depannya yang telah pun berakhir dengan skuad kebangsaan itu.

Sebaliknya Pengurus England, Roy Hodgson telah memilih pemain pertahanan Stoke City, Ryan Shawcross untuk mengisi salah satu daripada empat slot untuk pemain pertahanan utama.

Selain Shawcross, Hodgson telah menamakan Gary Cahill, Joleon Lescott dan Phil Jagielka di dalam skuadnya.

Bagaimanapun, rakan sepasukan Ferdinand, Wayne Rooney telah kembali bersama England selepas terlepas dua perlawanan pembukaan kelayakan Piala Dunia iaitu ketika menentang Moldova dan Ukraine.

Penyerang Liverpool yang dipinjamkan ke West Ham United, Andy Carroll turut tersenarai.

Hodgson turut menamakan tiga pemain bek kiri di dalam skuadnya iaitu pemain Arsenal, Kieran Gibbs yang mengantikan pemain Chelsea, Ryan Bertrand di samping mengekalkan Leighton Baines dan Ashley Cole.

Di bahagian tengah, Aaron Lennon telah dipanggil semula selepas menunjukkan prestasi yang memberansangkan untuk Tottenham. Kali terakhir pemain itu mewakili England ialah dalam Piala Dunia 2010.

Penjaga gol Birmingham City, Jack Butland telah dipinjamkan kepada skuad Bawah-21 England dan ini membuka peluang kepada penjaga gol Celtic, Fraser Forster untuk dipilih mewakili England.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENUH PEMAIN SKUAD KEBANGSAAN ENGLAND:

PENJAGA GOL: Forster, Hart, Ruddy.

PERTAHANAN: Baines, Cahill, Cole, Gibbs, Jagielka, G Johnson, Lescott, Shawcross, Walker.

TENGAH: Carrick, Cleverley, Gerrard, A Johnson, Lennon, Lampard, Milner, Oxlade-Chamberlain, Walcott.

PENYERANG: Carroll, Defoe, Rooney, Welbeck.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan