Nasri Tidak Tersenarai Dalam Skuad Perancis

Diterbitkan: Jumaat, 5 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isyarat tutup mulut yang ditunjukkan kepada media membawa padah kepada Nasri.
Isyarat tutup mulut yang ditunjukkan kepada media membawa padah kepada Nasri.

PEMAIN tengah Manchester United, Samir Nasri menerima balasan apabila digugurkan daripada skuad negaranya, Perancis selepas tidak disenaraikan menjelang perlawanan persahabatan, manakala berdepan dengan Sepanyol bagi aksi Kelayakan Piala Dunia bulan ini.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata, ia bukan masa yang sesuai untuk Nasri kembali dalam pasukan.

"Saya lebih suka memberikannya sedikit masa lagi. Tetapi dia masih lagi pemain yang akan dipilih pada masa akan datang," katanya.

Nasri juga digantung tiga perlawanan antarabangsa gara-gara tindakan kurang ajar terhadap media ketika perlawanan suku akhir menentang Sepanyol pada Kejohanan Euro baru-baru ini.

Dengan dua lagi pemain tengah, Abou Diaby dan Rio Mavuba mengalami kecederaan, Deschamps terpaksa menggunakan khidmat Moussa Sissoko dan pemain Anzhi Makhachkala, Lassana Diarra.

Senarai pemain;

Penjaga gol: Mickael Landreau (Lille), Hugo Lloris (Tottenham Hotspur), Steve Mandanda (Olympique Marseille)

Pemain pertahanan : Gael Clichy (Manchester City), Mathieu Debuchy (Lille), Patrice Evra (Manchester United), Christophe Jallet (Paris St Germain), Laurent Koscielny (Arsenal), Adil Rami (Valencia), Mamadou Sakho (Paris St Germain), Mapou Yanga-Mbiwa (Montpellier)

Pemain tengah: Yohan Cabaye (Newcastle United), Etienne Capoue (Toulouse), Lassana Diarra (Anzhi Makhachkala), Maxime Gonalons (Olympique Lyon), Blaise Matuidi (Paris St Germain), Moussa Sissoko (Toulouse), Mathieu Valbuena (Olympique Marseille)

Penyerang: Karim Benzema (Real Madrid), Olivier Giroud (Arsenal), Bafetimbi Gomis (Olympique Lyon), Jeremy Menez (Paris St Germain), Franck Ribery (Bayern Munich) (Reporting by Julien Pretot; editing by Tony Jimenez)

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan