Tony Fernandes Masih Percaya Kepada Kemampuan Mark Hughes

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mark Hughes
Mark Hughes

PEMILIK QPR, Tan Sri Tony Fernandes menegaskan jawatan pengurus pasukan, Mark Hughes adalah selamat buat masa sekarang walaupun kelab itu kini menduduki tangga terbawah Liga Perdana Inggeris tanpa sebarang kemenangan selepas mengharungi enam perlawanan.

Isnin lalu, kelab itu tewas 1-2 di tangan sebuah lagi kelab London, West Ham.

Fernandes berkata menerusi laman sosial Twitternya bahawa enam perlawanan tidak menentukan keseluruhan musim.

"Bawa bertenang. Enam perlawanan tidak menentukan keseluruhan musim. Saya telah belajar dari ramai pengerusi yang wajar dan bijaksana," katanya.

Beliau juga memberi keyakinan kepada para peminat setia QPR yang Mark Hughes akan berjaya menangani kemelut yang sedang dihadapi oleh kelab itu sekarang.

"Kita memiliki pengurus yang hebat, padang latihan yang baru dan pemain-pemain yang baik. Ini semua akan menjadikan kita lebih kuat.

"Dalam setiap perjalanan menuju kejayaan sudah pastinya akan wujud halangan. Saya suka arah yang sedang kita tuju sekarang dan saya sayangkan Rangers," katanya lagi.

Di sebalik membeli 12 pemain baru diawal musim termasuk penjaga gol Brazil, Julio Ceasar, Hughes hanya mampu meraih dua mata daripada maksimum 18 mata.

Hughes mengambil alih jawatan pengurus di QPR dari Neil Warnock pada Januari tahun ini.

Sementara itu Fernandes menjangkakan prestasi QPR akan kembali meningkat sebaik sahaja pemain-pemain yang cedera kembali ke skuad utama.

PRESTASI MARK HUGHES SEBAGAI PENGURUS:

> QPR (Sejak Jan 2012): Perlawanan: 28. Menang: 8. Seri: 4. Kalah: 16. Peratusan Menang: 28.57%.

> FULHAM (Dari Julai 2010 - Jun 2011): Perlawanan: 43. Menang: 14. Seri: 16. Kalah: 13. Peratusan Menang: 32.56%.

> MAN CITY (Dari Jun 2008-Dis 2009): Perlawanan: 111. Menang: 48. Seri: 21. Kalah: 42. Peratusan Menang: 43.24%.

> BLACKBURN(Dari Sept 2004-Jun 2008): Perlawanan: 256. Menang: 109. Seri: 65. Kalah: 82. Peratusan Menang: 42.58%.

KEPUTUSAN QPR SETAKAT INI:

> QPR 1-2 WEST HAM

> SPURS 2-1 QPR

> QPR 0-0 CHELSEA

> MAN CITY 3-1 QPR

> NORWICH 1-1 QPR

> QPR 0-5 SWANSEA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan