Negeri Sembilan Tetapi Beri Kepercayaan Kepada Mohd Azaari - PBNS

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Meskipun gagal mengisi slot separuh akhir Piala Malaysia tahun ini, Negeri Sembilan tetap menaruh kepercayaan kepada ketua jurulatih Mohd Azaari Khor Abdullah untuk membina semula skuad itu untuk menghadapi Liga Super musim depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Mohd Azaari tetap diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab membentuk sebuah pasukan yang lebih mantap dengan persediaan dilakukan mulai sekarang.

Selaku presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), beliau mengakui pasukan juara bertahan Piala Malaysia itu terpaksa membariskan ramai pemain skuad Piala Presiden berikutan kehilangan ramai pemain utama musim ini.

"Kita perlu belajar daripada kesilapan dan kelemahan yang ada dengan pendekatan baru bagi saingan Liga Super musim depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini Rabu.

Skuad bimbingan Mohd Azaari gagal ke suku akhir Piala Malaysia setelah dikejutkan oleh pendatang baru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 3-6 pada peringkat suku akhir.

Negeri Sembilan menghuni tangga keenam pada saingan Liga Super musim ini.

Mohamad berkata, walaupun gagal mempertahankan Piala Malaysia, beliau tetap bangga dengan pencapaian suku akhir dengan berbekalkan ramai pemain Piala Presiden musim ini.

Katanya, PBNS memang menjangkakan keputusan itu memandangkan mereka tidak mampu meletakkan sebarang sasaran dengan barisan pemain yang sedia ada.

"Namun, saya bangga walaupun dengan ramai pemain muda kita berjaya melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia musim ini.

"Ini satu pencapaian yang baik. Saya harap beberapa pemain muda ini dapat dikekalkan untuk musim baru," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad berkata, PBNS akan mengkaji semula prestasi dua pemain import iaitu Jean Emmanuel Effa Owona dari Cameroon dan Marian Farbak dari Slovakia.

Beliau membayangkan mahu mendapatkan pemain import yang lebih cemerlang untuk musim depan.

"Tidak guna mengambil pemain import yang sama taraf dengan pemain tempatan," jelasnya.

Mengenai cadangan pembinaan velodrom tertutup antarabangsa di negeri itu, Mohamad berkata, ia akan menjadi sebahagian daripada projek pembangunan bersepadu bagi mewujudkan bandar sukan dan pendidikan di kawasan Nilai dan Labu.

"Pembangunan kedua-dua bandar itu akan turut merangkumi pelbagai kemudahan sukan dan pelajaran seperti padang golf 18 lubang, gelanggang badminton, sekolah sukan dan kemudahan sukan lain," jelasnya.

Kerajaan memperuntukan RM80 juta dalam Belanjawan 2013 untuk membina sebuah velodrom tertutup antarabangsa di Negeri Sembilan dan Akademi Badminton di Bukit Kiara, Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan