Liga Juara-Juara: Van Versie Jaring Dua Gol Tewaskan Cluj

Diterbitkan: Rabu, 3 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi Van Persie (kiri) melakukan jaringan untuk United pada aksi Liga Juara-Juara menentang Cluj, awal pagi Rabu.
Aksi Van Persie (kiri) melakukan jaringan untuk United pada aksi Liga Juara-Juara menentang Cluj, awal pagi Rabu.

PENYERANG Manchester United, Robin van Persie, memberi kemenangan kepada pasukannya selepas menjaringkan dua gol menewaskan CFR- 1907 Cluj 2-1 pada aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara (CL), awal pagi Rabu.

Pada suku permainan, ternyata United mendominasikan perlawanan, namun Pantelis Kapetanos membuka jaringan pertama pada minit-14 menjadikan skuad Sir Alex Ferguson lebih agresif mencari gol penyamaan.

Bekas penyerang Arsenal, Van Persie membuktikan dia penyerang berbisa selepas berjaya mendapat gol penyamaan pada minit ke-29 dan kedudukan terikat seri sehingga tamat separuh masa pertama.

Pada separuh masa pertama, penyerang Belanda itu sekali lagi melakukan jaringan penting sebaik sahaja babak kedua bermula (m-49) sekaligus keputusan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada United.

Senarai pemain:

CFR Cluj: Mario Felgueiras, Ivo Pinto, Sepsi, Cadu, Rada, Camora, Muresan, Rafael Bastos, Aguirregaray, Kapetanos, Sougou Subs: Stancioiu, Maftei, Piccolo, Diogo Valente, Luis Alberto, Nicoara, Bjelanovic

Man United: De Gea, Rafael, Ferdinand, Evans, Evra, Anderson, Fletcher, Cleverley, Rooney, Hernandez, Van Persie. (Pemain simpanan): Lindegaard, Buttner, Wootton, Nani, Powell, Kagawa, Welbeck.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan