Emile Heskey Cetus Fenomena Di Australia

Diterbitkan: Jumaat, 28 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KELAB AUSTRALIA, Newcastle Jets teruja dengan kehadiran bekas penyerang England, Emile Heskey sehingga memaksa mereka membuat tempahan kedua ke atas jersi yang tertera namanya apabila tempahan pertama habis dijual dalam tempoh seminggu.

Kelab bolasepak itu kini telah memesan 5,000 jersi Heskey lagi.

Malah sejak kehadiran Heskey, jumlah peminat baru mereka telah bertambah seramai 1,000 orang lagi.

Jurulatih The Jets, Gary van Egmond berkata, kehadiran Heskey melengkapkan segala-galanya kerana dia adalah pemain yang hebat dan memenuhi citarasa juara.

Van Egmond juga berkata, mereka menjangkakan yang Heskey akan tiba esok (Jumaat).

Tags / Kata Kunci: Emile Heskey , Gary van Egmond

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan