Rooney Buat Kemunculan Pertama Selepas Sebulan & Fletcher Selepas Setahun Direhatkan

Diterbitkan: Khamis, 27 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS hampir sebulan terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan pada pahanya yang terkoyak, Wayne Rooney akhirnya muncul selama 75 minit di atas padang Old Trafford dalam perlawanan Piala Liga Inggeris menentang Newcastle United.

United menang perlawanan itu 2-1 hasil jaringan pemain tengah Brazil, Anderson dan gol kedua dijaringkan oleh pemain tengah England, Tom Cleverly.

Ia adalah kemenangan keenam berturut-turut United sepanjang musim ini. Pasukan itu cuma tewas sekali di tangan Everton dalam perlawanan pembukaan liga dan sejak belum pernah mencatatkan keputusan seri lagi atau tewas.

United kini diundi menentang Chelsea dalam pusingan seterusnya.

Walaupun tidak kelihatan cergas sepenuhnya tetapi Rooney, 26, telah bermain dengan baik dalam posisi di belakang penyerang utama iaitu Danny Welbeck dan juga Javier Hernandez.

Pengurus United, Sir Alex Ferguson berkata, beliau terpaksa mengeluarkan Rooney pada minit ke 75 selepas mendapati dia kelihatan.

Hakikatnya ialah, sepanjang tempoh tersebut, Rooney telah dilihat bersungguh-sungguh berlari di serata posisi di dalam padang.

Persoalan seterusnya ialah, dengan Robin van Persie dan Shinji Kagawa yang direhatkan dalam perlawanan menentang Newcastle, apakah Rooney akan bermula dalam kesebelasan utama dalam perlawanan liga menentang Tottenham Hotspur Sabtu ini?

Sepanjang ketiadaan Rooney, United telah memenangi empat perlawanan liga dan menjaringkan 10 gol.

Tetapi ketika Rooney diturunkan awal pagi semalam yang turut menyaksikan kemunculan pertama Darren Fletcher selepas hampir setahun berehat kerana penyakit usus, United turut mencatatkan kemenangan.

Ferguson tentu mengaru kepala memikirkan siapakah yang patut diturunkannya sebagai pemain utama dan siapa yang perlu memanaskan kerusi simpanan.

Namun semalam yang menjadi fokus bukanlah Rooney seorang tetapi juga Fletcher yang mengalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan.

Pemain antarabangsa Scotland itu bermain penuh 90 minit. Kemunculannya mengetuai skuad United keluar ke padang dari terowong bilik persalinan telah mendapat tepukan gemuruh daripada para peminat setia kelab itu.

United juga bereksperimen dengan barisan pertahanan yang benar-benar asing.

Dengan kapten tetap pasukan, Nemanja Vidic menjalani pembedahan lutut dan tidak dapat bermain selama lebih dua bulan, Ferguson tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa merehatkan pemain pertahanan regularnya, Jonny Evans.

Lebih-lebih lagi memandangkan semua pemain pertahanannya - Chris Smalling, Phil Jones dan Rafael juga dibelenggu kecederaan.

United menurunkan pemain bek kiri Belanda Alexander Büttner buat kali kedua, pemain muda Michael Keane dan Scott Wootton di tengah dan seorang lagi pemain muda iaitu dari Belgium, Marnick Vermijl sebagai bek kanan.

Walaubagaimanapun mereka tidak mengecewakan Ferguson.

Anderson seorang pemain veteran barisan tengah yang jarang diturunkan telah diberi kepercayaan untuk mengemudi sebagai perancang dan dia tidak juga mengecewakan apabila gerakan solonya yang cantik dan menarik berjaya membolos pintu gol Newcastle tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Anderson telah bergandingan dengan Tom Cleverley dengan penuh persefahaman.

Sementara Ferguson menurunkan barisan eksperimen, Newcastle juga turut merehatkan pemain-pemain utama dalam usaha mereka untuk memberi tumpuan kepada perlawanan liga hujung minggu ini.

Hanya tiga nama popular sahaja yang tersenarai dalam pasukan itu iaiatu Coloccini, Shola Ameobi dan Cheik Tioté.

Newcastle bermain dalam formasi 4-4-1-1.

Gol Newcastle muncul dalam minit yang ke-62 menerusi Papiss Cissé yang baru sahaja masuk beberapa minit sebagai pemain gantian.

Cissé sekali lagi berpeluang menjaringkan gol tetapi sepakannya terkena tiang gol dan begitu juga dengan United apabila sepakan lintang Hernández turut terkena palang gol.

FAKTA PERLAWANAN:

Manchester United: David De Gea,Scott Wootton, Alexander Büttner (Robbie Brady, 86), Michael Keane,Marnick Vermijl (Ryan Tunnicliffe, 77), Anderson,Darren Fletcher,Tom Cleverley,Danny Welbeck, Wayne Rooney (Nick Powell, 77), Javier Hernández.

Newcastle United: Robert Elliot, James Tavernier,Michael Williamson, Fabricio Coloccini (Shane Ferguson, 61), James Perch,Gabriel Obertan,Sylvain Marveaux,Haris Vuckic (Papiss Demba Cissé, 61),Cheik Tioté (Gael Bigirimana, 71), Dan Gosling,Shola Ameobi.

Pengadil: Anthony Taylor.

Stadium: Old Trafford.

Jumlah Penonton: 46,358.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan