Piala Malaysia: Selangor Kutip Bekalan Selesa Bertemu Johor FC

Diterbitkan: Rabu, 26 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Impian Selangor untuk merealisasikan misi memburu kejuaraan Piala Malaysia ke-33 hampir tercapai apabila menumpaskan Johor FC 3-1 pada saingan suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Selasa malam.

Skuad gergasi merah terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit ke-11 menerusi ketua pasukan Safiq Rahim.

Pemain tengah Selangor Bunyamin Umar kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-20.

Selangor menambah duka pasukan tuan rumah dengan gol ketiga hasil jaringan penyerang berbisa Mohd Amri Yahyah pada minit ke-24.

Gol saguhati Johor FC dijaringkan Mohd Akmal Mohd Nor pada minit ke-52.

Skuad gergasi merah, bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-65 apabila Bunyamin diarah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua.

Bunyamin sebelum itu menerima kad kuning pertama selepas mengasari Mohd Akmal pada minit ke-13 sebelum menerjah keras Mohd Airulridzwan Razali untuk kad kuning kedua.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, tuan rumah Pahang mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas pasukan Lions XII dari Singapura.

Skuad Tok Gajah membuka jaringan seawal minit kesembilan apabila rembatan Fauzi Rozlandi dalam kotak penalti gagal ditangkap kemas penjaga gol lawan yang memudahkan pemain import tuan rumah, Maycon Calvalho menolak masuk bola ke dalam gawang.

Namun, kegembiraan Pahang tidak kekal lama apabila Lions XII berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-20 hasil rembatan dari luar kotak penalti oleh Safirul Sulaiman.

Sebaik permainan bersambung, skuad bimbingan Dollah Salleh menceriakan kira-kira 10,000 penyokongnya menerusi gol kedua pada minit ke-76 hasil ledakan Hafiz Kamal dari luar kotak penalti.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan