Bekas Kapten Negara Yakin Skuad K.Rajagobal Mampu Pertahan Piala AFF

Diterbitkan: Selasa, 25 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pasukan bola sepak negara pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Datuk M. Chandran yakin pasukan kebangsaan mampu mengekalkan kejuaraan Piala AFF Suzuki yang dimenangi pada 2010 di Indonesia.

Bekas pemain pertahanan negara berusia 70 tahun itu berkata keyakinannya itu bersandarkan prestasi semasa yang ditunjukan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal itu dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini.

"Skuad negara menunjukkan permainan yang bagus setakat ini dan kita (peminat dan pengkritik bola sepak tempatan) harus memberi peluang kepada Rajagobal memperbaiki segala kelemahan yang ada dalam pasukan kebangsaan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menerima sumbangan kewangan berjumlah RM30,000 yang disampaikan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel di rumahnya, di sini hari ini. Chandran, bagaimanapun mengingatkan skuad negara supaya tidak memandang ringan cabaran yang bakal diberikan pasukan lain kerana mereka turut berhajat memenangi piala tersebut.

"Semua negara bertanding (pada Piala AFF) mahu menumpaskan skuad negara kerana kita juara bertahan, jadi pemain harus menunjukkan keazaman tinggi untuk memastikan piala itu kekal di negara ini," katanya.

Mengenai sumbangan itu, Chandran berterima kasih kepada Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan akan menggunakan wang itu membiayai kos rawatan bagi penyakit gangguan saraf yang dihidapinya sejak 10 tahun lepas.

Beliau yang kini menggunakan kerusi roda untuk bergerak masih menjalani rawatan fisioterapi seminggu sekali di Hospital Kuala Lumpur.

Ketika bergelar pemain bola sepak, Chandran cukup dikenali sebagai pertahanan kental yang berjaya meletakkan namanya sebagai antara yang terbaik di Asia.

Beliau pernah membantu Malaysia meraih pingat gangsa Sukan SEAP 1969 dan 1973 (kini dikenali Sukan SEA), pingat perak pada 1971 dan juara Piala Merdeka 1973 selain gangsa Sukan Asia 1974 di Tehran, yang kekal sebagai pencapaian terbaik Malaysia pada temasya itu, sehingga ke hari ini.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan getir pada Piala AFF Suzuki kali ini apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali Singapura dalam Kumpulan B.

Turut disenaraikan dalam kumpulan berkenaan ialah naib juara pusingan kelayakan yang akan diketahui pada 13 Okt ini.

Pusingan kelayakan kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 13 Okt di Myanmar dengan format kalah mati melibatkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan tuan rumah.

Perlawanan Kumpulan A yang melibatkan Thailand, Vietnam, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan akan berlangsung di Stadium Rajamangala di Bangkok manakala saingan dalam Kumpulan B akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 24 Nov hingga 22 Dis.

Harimau Malaya akan membuka kempen menentang Singapura pada 25 Nov, diikuti bertemu naib juara pusingan kelayakan pada 27 Nov sebelum menutup aksi kumpulan berdepan Indonesia pada 1 Dis. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan