Rodgers Kecewa Dengan Keputusan Pengadil

Diterbitkan: Isnin, 24 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Brendan Rodgers
Brendan Rodgers

PENGURUS Liverpool, Brendan Rodgers kecewa dengan keputusan pasukannya yang tewas kepada Manchester United, 1-2 pada aksi liga di Anfield pada Ahad malam.

"Saya sedikit kecewa dengan keputusan itu. Apa yang pasti, kami mengawal permainan dan prestasi semua pemain amat menakjubkan walaupun hanya bermain sepuluh orang.

"Cuma apa yang kamu tidak boleh kawal ialah pengadil. Kami kecewa kerana nasib tidak menyebelahi pasukan hari ini," jelasnya.

Liverpool berjaya memperolehi gol pertama perlawanan melalui kaptennya, Steven Gerrard pada minit ke-46, namun Rafael menyamakan kedudukan minit ke-51.

Tetapi pengadil Mark Halsey menghadiahkan sepakan penalti kepada Man United dan Robin van Persie menyempurnakan sepakan (m-81) selepas penjaga gol, Reina menjatuhkan pemain Man United dalam kotak penalti.

Sementara itu pengurus Man United, Sir Alex Ferguson mengakui tahap permainan pasukannya tidak memuaskan.

"Saya rasa mereka bermain dengan teruk dan sejak empat tahun lalu kami membenarkan penyokong-penyokong sedikit menguasai kami. Mereka telah memberi sokongan yang setia dan pihak lawan yang turut mendominai permainan.

"Pada babak kedua mereka memulakan dengan baik. Dengan hanya sepuluh pemain namun mereka tetap bekerja keras.

"Tetapi pujian harus diberi kepada semua pemain kerana telah bermain dengan baik, lebih baik dari babak pertama.

"Saya yakin Scholes, Carrick dan Giggs menggunakan pengalaman mereka sebaik mungkin dalam situasi ini," katanya.

Senarai pemain;

LIVERPOOL: Reina, Kelly, Agger, Skrtel, Johnson, Allen, Gerrard, Shelvey, Borini, Sterling, Suarez. (Simpanan): Jones, Enrique, Sahin, Assaidi, Henderson, Carragher, Suso

MANCHESTER UNITED: Lindegaard, Rafael, Ferdinand, Evans, Evra, Carrick, Giggs, Valencia, Kagawa, Nani, Van Persie. (Simpanan): De Gea, Anderson, Hernandez, Welbeck, Scholes, Cleverley, Buttner.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan