Keputusan Rahsiakan Perlawanan Malaysia-Kemboja Atas Persetujuan Bersama

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan ketua jurulatih bola sepak negara Datuk K. Rajagobal 'merahsiakan' perlawanan persahabatan antara skuad kebangsaan menentang Kemboja pada Khamis lepas bukanlah disebabkan tiada hebahan media dibuat oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Sebaliknya, Pengurus pasukan bola sepak negara Datuk Seri Subahan Kamal berkata keputusan tersebut dibuat atas persetujuan bersama selepas Rajagobal mendapatkan pandangan beliau sendiri selain pasukan Kemboja yang meminta perlawanan tersebut tidak diberi liputan meluas oleh media tempatan.

"Kita tidak menghebahkan mengenai perlawanan tersebut kerana ia bukanlah perlawanan persahabatan antarabangsa yang sebenar selain kita turut mendapatkan pandangan dari Kemboja yang bersetuju perlawanan tersebut hanyalah sebagai 'sparring match' sahaja. "Tambahan pula, hanya sebahagian besar pemain Harimau Malaya yang berada bersama kita pada sesi latihan tempoh hari (Khamis lepas)," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di sini, Sabtu.

Malaysia menewaskan Kemboja 3-0 pada aksi persahabatan yang 'dirahsiakan' itu selepas sesi latihan di Wisma FAM menerusi dua jaringan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak serta satu gol daripada Mohd Safee Sali. Keputusan 'merahsiakan' perlawanan tersebut bagaimanapun menimbulkan reaksi negatif daripada segelintir pengkritik serta peminat bola sepak tempatan memandangkan tiada liputan dibuat mengenainya.

Mengulas lanjut, Subahan yang juga Naib Presiden FAM berkata perlawanan tersebut turut diadakan di luar kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan meminta perkara tersebut tidak dipanjangkan oleh sesetengah pihak.

"Saya harap ia tidak perlu dijadikan satu isu kerana yang penting bagi kita ialah peminat serta pengkritik bola sepak seronok kerana pasukan kebangsaan ada melakukan persiapan tersendiri (bagi mempertahankan Piala AFF Suzuki Nov ini)," katanya.

Beliau turut meminta peminat bola sepak tempatan untuk tidak memberi tekanan kepada Rajagobal bagi memberikan peluang kepada jurulatih tersebut merangka strategi terbaik dalam usaha pasukan kebangsaan mempertahankan Piala AFF Suzuki pada Nov ini.

Malaysia akan mengadakan beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa selepas ini termasuk perlawanan timbal balik menentang pasukan Hong Kong yang dijadualkan berlangsung pada 16 Oktober ini di negara tersebut sebelum aksi kedua di Stadium Shah Alam pada 14 November ini. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan