FAM Alu-Alukan Rayuan Daripada Butler

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengalu-alukan sebarang rayuan daripada jurulatih Terengganu Peter Butler yang menghadapi penggantungan selama enam bulan dan ditamatkan kontraknya.

Menurut Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Butler boleh merayu kepada badan bola sepak negara itu dan ia akan mempertimbang dan mencari penyelesaian terbaik kepada perkara tersebut.

"Bagi saya, salah satu tugas jurulatih ialah untuk mendisiplin dan mengawal pemain agar mereka mematuhi peraturan," titah baginda pada sidang akhbar pelancaran kejohanan hoki bawah 21 tahun Piala Sultan Johor di sini Sabtu.

Tengku Abdullah bertitah baginda turut bersetuju dengan kenyataan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said bahawa hukuman ringan telah dikenakan ke atas tiga pemain Terengganu yang dikatakan bermasalah manakala Butler dikenakan hukuman berat.

Baginda bertitah Persatuan Bolasepak Terenggau (PBSNT) harus memberikan alasan yang kukuh mengapa ia membuat keputusan itu dan pada masa yang sama mengingatkan PBSNT ia akan kehilangan sokongan kewangan daripada kerajaan negeri jika gagal berbuat demikian.

"Masalah di sini ialah persatuan-persatuan bola sepak negeri suka memberikan hukuman tanpa mengambil pertimbangan implikasi yang akan berlaku kepada pasukan, peminat dan imej bola sepak di negara ini.

"Ini bukan hanya tertakluk kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri sahaja tetapi di dalam FAM sendiri, di mana kita mesti mencari penyelesaian yang terbaik di dalam perkara yang melibatkan bola sepak," titah baginda.

Sementara itu Tengku Abdullah bertitah skuad kebangsaan mesti mempertahankan Piala Suzuki tahun ini bagi memastikan mereka dapat melayakkan diri ke Piala Asia 2015.

Dalam perkembangan lain, baginda bertitah FAM akan mengekalkan keputusan untuk membenarkan hanya dua pemain import bagi setiap pasukan dalam Liga Malaysia musim depan.

Pasukan yang mahu mempunyai lebih daripada dua pemain import perlu melihat sama ada mereka mampu berbuat demikian kerana FAM tidak mahu isu gaji tidak dibayar timbul lagi, titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan