Chelsea Kekal Tangga Teratas EPL

Diterbitkan: Ahad, 23 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

London: Chelsea unggul di tangga teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Stoke City 1-0 di Stamford Bridge, Sabtu sambil diekori Everton yang cemerlang membenam Swansea 3-0 di gelanggang lawan.

Puas mengasak bertubi-tubi ke kubu Stoke, jaringan kemenangan Chelsea diperoleh pada minit ke-85 selepas bola hantaran Branislav Ivanovic berjaya disudahkan Ashley Cole untuk menewaskan penjaga gol, Asmir Begovic.

Kemenangan tipis itu membolehkan Chelsea mengumpul 13 mata selepas lima perlawanan hasil empat menang, sekali seri dan masih belum tewas.

Terdahulu di Stadium Liberty, Everton berjaya melonjak ke tangga kedua liga selepas meraih tiga mata ke atas Swansea.

Everton mendahului 2-0 pada separuh masa pertama menerusi jaringan Victor Anichebe pada minit ke-22 dan Kevin Mirallas minit ke-43.

Tugas Everton tambah mudah selepas pemain Swansea, Nathan Dyer dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah pada minit ke-58 selepas baru 13 minit dimasukkan sebaik babak kedua bermula.

Sisa perjuangan Swansea ditamatkan Fellaini yang menanduk masuk sepakan percuma Leighton Baines untuk gol ketiga Everton pada minit ke-82. - AGENSI

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan