Wilshere Kembali Jalani Latihan Selepas Berehat Panjang

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jack Wilshere
Jack Wilshere

PEMAIN tengah Arsenal, Jack Wilshere kembali menyertai pasukan selepas 14 bulan berehat kerana mengalami masalah kecederaan buku lali berterusan.

Pemain berusia 20 tahun itu menjadi sebutan di kelab London dan pasukan England sebelum diketepikan kerana kecederaan tersebut.

"Kami gembira kerana Jack telah kembali menyertai latihan penuh. Sudah 14 bulan dia tidak beraksi dan itu satu tempoh panjang bagi seseorang yang berusia sepertinya.

"Ia adalah lumrah kehidupan, namun ia juga satu berita baik. Kami akan memberi corak latihan yang baru kepadanya, dan kita tunggu sama ada dia boleh terima atau tidak," jelas Wenger.

Sementara itu, rakan Wilshere, Emmanuel Frimpong turut menyertai latihan selepas mengalami kecederaan ligamen sejak dipinjamkan dari Wolverhampton Februari lalu.

Kedua-dua pemain ini akan bersaing untuk menyertai senarai utama pasukan selepas Wenger memasukan pemain tengah Sepanyol, Santi Cazorla.

Arsenal kini berada dalam kedudukan ketiga liga selepas empat perlawanan dengan tujuh mata.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan