Liga Europa: Spurs Sekadar Seri 0-0 Bertemu Lazio - Bola Sepak | mStar

Liga Europa: Spurs Sekadar Seri 0-0 Bertemu Lazio

Diterbitkan: Jumaat, 21 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jaringan Dempsey melalui tandukan tidak dikira oleh pengadil kerana offside.
Jaringan Dempsey melalui tandukan tidak dikira oleh pengadil kerana offside.

PEMAIN-pemain Tottenham Hotspur terpaksa berputih mata selepas tiga gol yang dijaringkan tidak dikira pengadil pada aksi Kumpulan J Liga Europa menentang Lazio sekaligus mencatat keputusan seri,0-0.

Tandukan Clint Dempsey pada babak pertama tidak dikira kerana dikatakan berada dalam kedudukan offside.

Begitu juga jaringan Jermain Defoe yang turut dinafikan pengadil, kerana offside, manakala pada minit ke-71 jaringan Steven Caulker juga turut dibatalkan.

Pasukan pelawat, Lazio yang tampil dengan corak permainan kemas pada babak pertama bangkit lebih teratur ketika aksi separuh masa kedua dan gembira mengikat Spurs 0-0 di laman sendiri.

Selepas ini Spurs bakal berdepan dengan Panathinaikos yang tewas 0-3 kepada NK Maribor pada aksi pertama liga ini.

Senarai pemain:

SPURS: Lloris, Walker, Caulker, Vertonghen, Naughton, Dembele, Sandro, Lennon, Dempsey, Bale, Defoe - (Pemain simpanan) - Cudicini, Huddlestone, Gallas, Dawson, Sigurdsson, Townsend, Mason

LAZIO: Marchetti, Lulic, Dias, Biava, Cavanda, Hernanes, Gonzalez, Mauri, Ledesma, Onazi, Klose - (Pemain simpanan) - Bizzarri, Ciani, Scaloni, Ederson, Zarate, Kozak, Floccari

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan