Terengganu Gugur 10 Pemain Utama, Termasuk Pemain Import, Musim Depan

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kemelut yang melanda kem bola sepak Terengganu dilihat semakin suram apabila pasukan ini bakal berdepan kehilangan beberapa tonggak bertaraf bintang yang sebelum ini banyak membantu menaikkan nama skuad Penyu.

Mesyuarat Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) yang berlangsung empat jam memutuskan untuk menamatkan kontrak dua pemain import, Francis Forkey Doe dan Erison Da Silva, manakala Joseph Kalang Tie pula akan kembali ke negeri asalnya, Sarawak.

Terengganu juga melantik Marzuki Sulong sebagai pengurus pasukan menggantikan Datuk Che Mat Jusoh, yang kekal selaku Yang DiPertua PBSNT.

Che Mat, yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat itu, berkata Marzuki akan dibantu dua penolong pengurus baharu 1 dan 2 iaitu Zulkifli Ali dan Mohamad Awang. "Bagaimanapun, jurulatih dan penolong jurulatih belum lagi dilantik. Itu terserah kepada pengurusan baru untuk mencari dan membuat keputusan," katanya.

Berhubung pemain Terengganu, beliau berkata seramai 15 orang dikekalkan, lapan dilepaskan atas persetujuan bersama manakala dua pemain import ditamatkan kontrak musim depan.

Lapan pemain yang dilepaskan ialah penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Abdul Shukur Jusoh, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Abdul Hadi Yahya (midfielder), Hariri Mohd Safii, Mohd Muslim Ahmad (pertahanan) dan Md Ailim Fahmi Kamaruddin (penyerang).

"Kalang Tie sebelum ini kita pinjam dari pasukan Sarawak, maka tahun depan kita serahkan balik... tetapi ia bergantung kepada keputusan Sarawak terima dia. Kalau mereka tidak berhasrat, maka Kalang Tie akan kekal bersama Terengganu.

"Yang lain ini, kami setuju lepaskan secara persetujuan bersama walaupun mereka masih ada satu tahun kontrak iaitu sehingga akhir 2013 bersama kita," katanya.

Che Mat berkata PBSNT bersedia mengeluarkan sijil pelepasan kepada mana-mana persatuan bola sepak negeri lain yang berhasrat mendapatkan khidmat pemain terbabit.

"Kita mahu beri mereka ambil angin baru supaya mereka segar semula. Bagi mereka tenangkan fikiran semula... kalau mereka berhasrat nak kembali, kami sedia terima balik," katanya.

Beliau juga berkata bagi mengisi kekosongan dalam pasukan itu, pihaknya akan mencari tambahan muka baru bagi menguatkan barisan skuad 'Peteh Ganu Peteh'.

"Hari ini, 15 pemain yang dikekalkan juga telah menandatangani persetujuan untuk musim depan," katanya. Pengurusan Terengganu musim 2013:

- Pengurus - Marzuki Sulong Penolong Pengurus 1 - Zulkifli Ali Penolong Pengurus 2 - Muhamad Awang Senarai 15 pemain dikekalkan: Penjaga Gol - Mohamad Shamirza Yusoff, Mohd Saifuddin Mokhtar Pertahanan - Mohd Marzuki Yusof, Nik Zul Aziz Nawawi, Mohamad Muhaimin Omar, Mazlizam Mohamad, Hasmizan Kamarodin, Mohd Faizal Muhammad, Mohamad Zubir Mohd Azmi. Tengah - Ismail Faruqi Asha'ri , Ahmad Nordin Alias, Muhamad Ashaari Shamsuddin, Shamsul Kamal Muhammad, Mohd Fakrurazi Musa. Penyerang - Abdul Manaf Mamat.

Senarai lapan pemain dilepaskan atas persetujuan bersama PBSNT: Abdul Shukur Jusoh, Hariri Mohd Safee, Joseph Kalang Tie, Mohd Muslim Ahmad Mohd Ailim Fahmi Kamaruddin, Mohd Sharbinee Allawee Ramli, Reeshafiq Alwi dan Abdul Hadi Yahya.

Senarai dua pemain import ditamatkan kontrak musim depan: Francis Forkey Doe (Liberia) dan Erisson Da Silva Santos Carnietto (Brazil). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan