David Silva Ikat Kontrak Bersama City Untuk 5 Tahun Lagi

Diterbitkan: Rabu, 19 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MANCHESTER CITY malam tadi telah berjaya memperolehi tanda tangan perancang Sepanyol David Silva untuk terus kekal bersama mereka untuk selama lima tahun lagi.

Nilai kontrak baru itu dikatakan berjumlah £31 juta.

Dengan kontrak baru itu, Silva akan memperolehi pendapatan mingguan termasuk bonus berjumlah £150,000 seminggu.

Silva, 26, dipetik sebagai berkata oleh akhbar Britain, The Sun: “Saya ingin terus berada di sini kerana pasukan ini telah memenangi tiga trofi musim lalu termasuk kejuaraan liga dan pasukan ini mahu terus berkembang sebagai sebuah pasukan juara."

Salah satu lagi sebab mengapa dia ingin terus kekal bersama City adalah kerana ingin bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Ini adalah musim kedua Silva bersama City setelah menyertai kelab itu dari Valencia pada harga £24 juta pada tahun 2010.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan