Peter Butler Digantung Enam Bulan, Denda RM4,000

Diterbitkan: Selasa, 18 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai Isnin dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.

Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata, Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.

Beliau berkata, pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.

"Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu pada Isnin.

Turut hadir Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof.

"Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan.

"Butler melakukan kesalahan itu di tepi padang di hadapan penonton ketika perlawanan antara Terengganu dan Kedah pada 1 September lalu," katanya.

Ahmad Shukri berkata, Mohd Sharbinee diberi amaran keras di samping denda RM1,000 kerana bertindak membaling botol ke arah Butler dalam insiden itu.

Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa menyiku dan menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa itu memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan.

Sementara itu, Che Mat berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat November tahun depan.

"Apapun kita akan membuat persediaan awal dari segi pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka lebih sengit tahun depan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan