Hogdson Panggil Pemain Muda Perkuat Skuad England

Diterbitkan: Rabu, 12 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sterling dipanggil sertai skuad England menjelang perlawanan bertemu Ukraine awal pagi Rabu.
Sterling dipanggil sertai skuad England menjelang perlawanan bertemu Ukraine awal pagi Rabu.

ENGLAND telah memanggil tiga pemain muda, Raheem Sterling, Jake Livermore dan Adam Lallana bagi mengisi skuad kebangsaan itu menjelang perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Ukraine awal pagi Rabu, manakala Theo Walcott dihantar pulang kerana mengalami masalah kesihatan.

Sterling yang baru berusia 17 tahun, namun telah mempamerkan aksi luar biasa di bawah pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dipanggil bagi menggantikan beberapa pemain senior England yang tidak dapat beraksi.

Sekiranya Sterling disenaraikan, dia bakal menjadi pemain keempat paling muda yang membarisi skuad England selain daripada Walcott, Wayne Rooney dan James Prinsep (yang bermain ketika menentang Scotland 1879) sebelum ini.

Pemain sayap ini merupakan pemain skuad Bawah 19 Tahun England, namun kini maju setapak untuk bersama skuad senior menentang Ukraine di Stadium Wembley, sekali gus menjadikan penampilan pertama kebangsaan dalam kariernya.

Sementara itu, pemain tengah Spurs, Livermore dan pemain Southampton, Lallana turut dipanggil bagi membantu skuad memandangkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh beberapa pemain lain walaupun tidak sempat untuk menjalani latihan.

Lallana mengakui dia telah diketawakan oleh pengurusnya, Nigel Adkins ketika memberitahu namanya tersenarai dalam skuad England.

"Saya tidak percaya ia perkara yang serius ketika dipanggil sertai skuad England. Ketika itu saya berada di rumah, sedang bersiap-siap untuk menjalani latihan bersama kelab.

"Saya benar-benar terkejut," katanya.

Pengurus England, Roy Hodgson terpaksa mengambil keputusan di saat-akhir untuk memanggil pemain-pemain ini selepas Walcott dan Daniel Sturridge terpaksa diketepikan kerana masalah kesihatan.

Kedua-dua pemain ini tidak menjalani latihan pada Ahad kerana tidak sihat dan Walcott meminta untuk kembali ke Arsenal.

Walcott sebelum ini menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain pada minit ke-58 ketika menang ke atas Moldova, manakala Sturridge hanya dibangku simpanan.

Manakala Ashley Young, Rooney, Andy Carroll dan Adam Johnson tidak beraksi kerana mengalami kecederaan.

Pemain pertahanan dan kapten Chelsea, John Terry yang tampil ketika England menewaskan Ukraine 1-0 pada aksi kumpulan Euro 2012 di Donetsk, Jun lalu, mengalami kecederaan buku lali ketika bertemu Moldova dan terpaksa dikeluarkan ketika permainan berbaki dua minit.

England akan turun beraksi dalam perlawanan kompetitif pertama di Wembley sejak dibimbing Hodgson yang memiliki rekod lapan perlawanan belum tewas dan pastinya mereka perlu mengekalkan rekod itu, manakala Ukraine tampil beraksi dalam perlawanan sulung.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan