Bola Sepak piala SCTV Gelanggang Ujian Ketahanan Mental Harimau muda

Diterbitkan: Ahad, 9 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Perlawanan dengan pasukan Garuda Muda pada kejohanan jemputan Piala SCTV 2012 Ahad malam (esok), akan menjadi ujian penting kepada pasukan Harimau Muda, terutamanya dari segi ketahanan mental dalam persediaannya bagi mempertahankan pingat emas di temasya Sukan SEA di Myanmar pada tahun hadapan.

Jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee berkata perlawanan itu akan memberi pendedahan kepada anggota baru terutamanya untuk merasai suasana bermain di hadapan ribuan penyokong pasukan lawan yang 'kurang bersahabat' dengan pasukan bola sepak dari Malaysia.

Berhadapan dengan pasukan Garuda Muda akan memberi pengalaman yang sangat berharga kepada para pemain muda, kata Kim Swee yang berpengalaman menyaksikan gelagat dan aksi luar biasa para penyokong Indonesia semasa pasukan Indonesia bertemu pasukan Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini sebelum ini.

"Saya sering katakan jangan terlalu tertekan untuk mengejar kemenangan. Apa lagi kita semua sedia maklum setiap kali pasukan bola sepak Malaysia berhadapan dengan pasukan Indonesia, kita harus bermain di bawah tekanan yang sangat menguji ketahanan mental.

"Justeru, peluang beraksi di kejohanan SCTV ini akan menjadi bekalan buat mereka untuk beraksi di kejohanan besar yang lain termasuk Sukan SEA di Myanmar tahun depan," katanya ketika ditemui pada acara rumah terbuka Timbalan Ketua Perwakilan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta Syed Hasrin Tengku Hussin di kediamannya di Menteng, Jakarta Pusat, pada Sabtu. Yang turut hadir di acara itu Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan pengurus pasukan Harimau Muda Datuk Affandi Hashim.

Pasukan Harimau Muda dijadual bertemu pasukan Garuda Muda di Stadium Utama Gelora Bung Karno pada pukul 7.30 malam (8.30 malam waktu Malaysia) pada Ahad.

Antara pemain yang akan diturunkan ialah pemain Sabah, Rozaimi Abdul Rahman, Nik Mohd Shahrul Azim (Kelantan), K. Reuben (Angkatan Tentera Malaysia), Saiful Izuan (UiTM) dan dua pemain PKNS, Aminuddin Mohd Nor serta Azrif Nasrulhaq.

"Seandainya mereka beraksi cemerlang, ia satu kelegaan dan kegembiraan buat saya. Kalau menang, ia adalah bonus buat mereka dan seluruh yang mendukung bola sepak nasional," katanya.

Selepas di Jakarta, skuad Harimau Muda dijadual ke Singapura pada 15 Sept untuk menentang pasukan Home United dan kejohanan jemputan Newspaper Cup di Vietnam pada Oktober depan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan