Peminat Mahu Hai-O Kembali Sarung Jersi Terengganu

Diterbitkan: Sabtu, 8 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Keinginan ketua pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Hairuddin Omar atau lebih mesra dengan panggilan Hai-O untuk kembali menyarung jersi Terengganu tahun depan disambut baik peminat bola sepak di negeri itu.

Beberapa peminat bola sepak Terengganu ketika ditemui rata-rata melahirkan rasa syukur dan teruja sekiranya pemain berusia 33 tahun yang berasal dari Setiu, Terengganu itu kembali ke pangkuan negeri kelahirannya.

Seorang nelayan Ramli Embong, 45, dari Kampung Seberang Takir di sini berkata kepulangan pemain yang boleh bermain di posisi tengah atau penyerang itu tepat pada masanya ketika pasukan bola sepak Terengganu kini berada dalam keadaan terumbang-ambing.

"Kita perlukan pemain seperti Hai-O yang boleh merancang dan sekaligus boleh menjaringkan gol," katanya.

Pada Jumaat, media melaporkan Hairuddin menyuarakan hasratnya untuk kembali bersama skuad Penyu selepas lebih 10 tahun menyarung jersi beberapa pasukan antaranya Pahang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Hairuddin pernah membantu Terengganu menjuarai Piala Malaysia pada 2001, Kelantan pada 2010 dan membantu Negeri Sembilan merangkul piala itu dua kali pada 2009 dan 2011.

Seorang lagi peminat, Abdullah Jusoh, 30, seorang pekerja swasta melahirkan keyakinan Terengganu akan kembali mantap sekiranya Hairuddin berada dalam pasukan itu.

Beliau berkata Hairuddin merupakan pemain hebat dan ini dibuktikan ketika Hairuddin menyertai Negeri Sembilan dan Kelantan di mana kedua-dua negeri itu menjuarai Piala Malaysia.

Peminat wanita, Maimon Mahmud, 28, juga mengalu-alukan kepulangan Hairuddin dan berkata kepulangan pemain itu dinanti-nantikan peminat Terengganu.

"Kita harap pengurusan PBSNT menerima Hairuddin demi untuk mengembalikan maruah bola sepak negeri ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan