Bentley Dipinjamkan Ke FC Rostov - Bola Sepak | mStar

Bentley Dipinjamkan Ke FC Rostov

Diterbitkan: Jumaat, 7 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Bentley
David Bentley

PEMAIN tengah Tottenham Hotspur, David Bentley disahkan menyertai kelab Rusia, FC Rostov secara pinjaman sehingga Januari ini.

Kelab Liga Perdana Inggeris itu telah mengesahkan pertukaran ini dalam website mereka.

Bentley menyertai Spurs dari balckburn pada tahun 2008 dengan £15 juta (RM 74 juta) .

Pemain berusia 28 tahun itu secara jelasnya sukar untuk mendapat tempat di White Hart Lane dan hanya menggunakan masanya di Birmingham dan West Ham secara pinjaman sebelum ini.

Dia juga telah mencatat tujuh kap bersama England, kemudian direhatkan selepas mengalami kecederaan serius di lutut ketika bersama West Ham Oktober lalu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan