Ronaldo Tuntut Gaji Sehingga £25 Juta Setahun

Diterbitkan: Rabu, 5 September 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wajah Ronaldo selepas menjaringkan gol ketika bertemu Gradana hujung minggu lalu.
Wajah Ronaldo selepas menjaringkan gol ketika bertemu Gradana hujung minggu lalu.

CRISTIANO RONALDO menuntut gaji sebanyak £25 juta setahun (RM123 juta) daripada Real Madrid dan jika mereka gagal memenuhi permintaannya itu, pemain Portugal tersebut mahu berpindah ke kelab lain.

Akhbar The Sun UK melaporkan, itulah yang menjadi punca mengapa pemain itu enggan meraikan dua jaringan golnya dalam perlawanan menentang Gradana hujung minggu lalu dan mempamerkan wajah yang 'masam' sepanjang perlanwanan itu.

Pengakuannya yang terkini iaitu mahu meninggalkan kelab Catalan itu telah membuka mata Manchester City dan United.

Melainkan City, adalah tidak pasti bagaimana United mampu memenuhi permintaan yang sebegitu tinggi daripada bekas pemain mereka itu.

Ronaldo dijual kepada Real tiga tahun lalu pada harga rekod dunia iaitu £80 juta.

Pemain itu kini terdesak untuk memulakan rundingan baru walaupun dia masih mempunyai baki tiga tahun lagi dalam kontrak lamanya.

Ronaldo, 27, buat masa ini menerima ganjaran sebanyak £9.6 juta setahun tetapi setelah ditolak cukai pendapatan, membawa pulang gaji bersih sebanyak £7.2 juta.

Dia kini dikatakan mendesak gaji sebanyak £12 juta setahun selepas ditolak cukai.

Ini bermakna Ronaldo mahukan gaji sebelum cukai sekitar £14.5 juta setahun.

Bagaimanapun, masalah bagi Real Madrid ialah berdasarkan undang-undang percukaian Sepanyol, dalam tempoh dua tahun lagi, kadar cukai Ronaldo akan melonjak dari 24 kepada 52 peratus.

Dan ini bermakna, bagi membolehkannya memperolehi gaji sebanyak £12 juta bersih selepas cukai, Madrid harus menyediakan bajet sehingga £25 juta setahun hanya untuk membayar gaji dan cukai Ronaldo atau £480,000 seminggu.

Tidak ada kelab yang sanggup membayar jumlah itu melainkan Manchester City atau Paris St Germain.

Ronaldo sebenarnya mahukan rundingan baru kontraknya dibincangkan sejak Januari lalu.

Bagaimanapun pengurusan Madrid tidak mahu tunduk kepada tekanan itu kerana dalam tempoh dua tahun dari sekarang semua kelab Eropah diwajibkan mempunyai rekod kewangan yang cermat dan seimbang dengan pendapatan mereka.

Pada masa yang sama, Sepanyol kini sedang berhadapan dengan krisis kewangan yang serius dan pihak kelab tidak mahu dilihat sebagai berbelanja boros sedangkan seluruh negara sedang tenat dengan inflasi yang tinggi dan kadar pengangguran yang paling tinggi di Eropah.

Sejak menyertai Madrid, Ronaldo telah menjaringkan 114 gol dalam hanya 104 perlawanan iaitu satu rekod yang sangat luar biasa.

Dia kini menggunakan peluang tersebut untuk menuntut ganjaran yang lebih besar apatah lagi selepas dia menyaksikan pengurus pasukan Jose Mourinho, pemain tengah, Angel Di Maria, Alvaro Arbeloa dan Raul Albiol semuanya telah memperbaharui kontrak mereka.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan